Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

‘Stock’ AJL Lagi! Naim Daniel Lancar Single Purnama

by Khai Azfar
November 20, 2020
33
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas kejayaan berturut-turut lagu ‘Sumpah’ dan diikuti ‘Sembah’ dari Naim Daniel pada Februari yang lalu dengan menjadi juara carta mingguan di Muzik Muzik, ERA dan berjaya merangkul 2 anugerah dalam 2020 Mid Year JOOX Music Awards, Naim terus aktif dalam pembikinan lagu.

Tampil Dengan Purnama

Baru sahaja berkolaborasi bersama Hael Husaini dan Haqiem Rusli dengan single bertajuk ‘Lara’ yang dapat menduduki tangga kedua trending di Youtube dan kini menduduki kedudukan ketiga dalam Carta Malaysia 50 di Spotify.

Terkini, Naim kembali lagi dengan mempertaruhkan lagu ‘Purnama’ yang bergenre balada hasil ciptaan dari Amzar Razqa, Hanis Rafi dan Omar K. Amzar selaku penulis lirik dan komposer ‘Purnama’.

“Salah seorang teman rapat saya yang mencadangkan saya untuk memberikan lagu ini kepada Naim kerana Naim adalah penyanyi yang sesuai dan terbaik buat lagu Purnama ini.” kata Omar K.

Peminat Teruja

Biarpun hanya sekadar berkongsi ‘teaser’ awal, namun rata-rata peminat begitu teruja untuk menonton video muzik lagu ini yang akan dimuatnaik pada 27 November 2020 di Youtube World Peace Entertainment. Malah ada diantara mereka menganggap lagu ini sebuah lagi karya Naim yang mampu memberi saingan hebat dalam pencalonan Anugerah Juara Lagu (AJL) kelak.

“Lagu Purnama ini ditujukan khas buat mereka yang merindui orang yang mereka kasihi dan sentiasa mendoakan mereka walaupun mereka sudah tiada. Jadi buat semua yang masih hidup, sentiasa hargai dan beritahu keluarga dan rakan-rakan yang rapat bahawa anda menyayangi mereka sebelum terlambat.” dedah Naim dalam kenyataan media nya.

Istimewa untuk peminat-peminat Naim Daniel, lagu ‘Purnama’ terbitan World Peace Entertainment ini boleh didapati dan dimuat turun di semua streaming platform seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, JOOX dan lain-lain.

[VIDEO] Naim Daniel 'Perform' Di XO Concert, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
naim danielnaim daniel purnama
https://lomp.at/onres
Share13Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem