Berita baik buat golongan muslimah, lagi-lagi yang gemar berfesyen agar tampil sopan dan menawan. Modanisa.com, sebuah platfrom perintis fesyen sopan yang mendapat sambutan hangat di 140 negara, kini melebarkan sayap ke pasaran Asia Tenggara.

Jenama antarabangsa Turki ini menjadikan Malaysia sebagai tapak permulaannya bagi
menembusi pasaran Asia Tenggara dengan pelancaran rasmi laman sesawang dan platform aplikasi bermula 19 November 2020.

IKLAN

Majlis pelancaran tersebut turut memperagakan busana Modanisa yang malar segar sepanjang zaman daripada 850 jenama di bawah Modanisa.com dalam pertunjukan fesyen sopan secara maya yang dijayakan oleh hijabista dan pempengaruh media sosial (influencer) yang terlaris seperti Mira Filzah, Iman Troye dan Dahlia Rizal. Pertunjukan fesyen maya tersebut menyusuli Minggu Fesyen Sopan Modanisa di London, Dubai, Jakarta dan Istanbul.

“Modanisa.com menyambut ulang tahun yang ke-10 tahun ini dan alangkah hebatnya kemunculan perdananya di Malaysia berjaya disempurnakan dengan peragaan fesyen secara maya dan juga penawaran diskaun hebat untuk para pengguna di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Modanisa.com, Kerim Türe.

Mengapa Malaysia? Menurut Türe, Laporan Digital Malaysia 2019 telah menunjukkan kecenderungan rakyat Malaysia untuk berbelanja lebih tinggi melalui platform e-dagang berbanding dengan negara- negara lain di Asia Tenggara, kecuali Singapura. Laporan tersebut juga menunjukkan bahawa 26 juta daripada 32 juta jumlah penduduk Malaysia adalah pengguna internet yang aktif. Tambahan pula, 80% pengguna Malaysia berusia di antara 16 dan 64 membeli-belah secara dalam talian.

6 Sebab Modanisa.com Bakal ‘Digilai’ Wanita Muslimah

1Mendapat sokongan dari Pengasas KLFW

Pengasas Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Andrew Tan memberikan sokonganya kepada Modanisa.com kerana menampilkan pertunjukan fesyen mereka di platform maya.

“Kewujudan dunia fesyen adalah bergantung kepada minat orang ramai dan industri ini akan lenyap jika orang ramai merasa cepat bosan. Ia adalah amat penting untuk mengekalkan minat para pengguna terhadap fesyen, dan sentiasa mengingatkan orang ramai bahawa fesyen mempunyai kuasa untuk meningkatkan keyakinan, menyemarakkan impian, menceriakan dan mencetuskan imaginasi seseorang. Walaupun kita sedang mengharungi masa yang mencabar, ia adalah penting untuk kita kekalkan minat orang ramai terhadap industri fesyen”

2Türe merupakan 50 Pemimpin Ekonomi Islam yang disegani

Türe, salah seorang daripada 50 Pemimpin Ekonomi Islam yang disegani berkata Modanisa.com bertekad untuk menguasai pasaran di sini dengan menawarkan rangkaian fesyen sopan bergayayang ceria serta anggun kepada wanita Islam dan bukan Islam yang arif tentang fesyen serta inginkan gaya yang trendy tanpa menjejaskan kesopanan.

3Modanisa.com Merangkumi tujuh kategori produk dari pakaian wanita

Türe memperkenalkan rangkaian produk Modanisa.com yang merangkumi tujuh kategori produk dari pakaian wanita (sut, jubah, seluar, loungewear dan lingerie), pakaian untuk ke majlis (gaun, dress, sut formal, skirt) sehingga ke pakaian plus size dan juga pakaian sukan (sut balapan, sut peluh, seluar legging dan penutup kepala) dan pakaian renang. Modanisa.com juga menawarkan pelbagai pilihan hijab termasuk tudung, penutup kepala (bonnet) dan aksesori.

4Khas buat golongan berpendapatan sederhana

Aneka pilihan pakaian dengan gaya kontemporari, bermutu tinggi, malar segar dan sofistikated ditawarkan dengan harga mampu milik, menjadikannya mudah dimiliki oleh fashionista dan hijabista daripada golongan berpendapatan sederhana. Ini adalah perubahan ketara yang mana fesyen sopan telah meresap dari jenama mewah ke jenama high streets.

IKLAN

Modanisa.com juga sedang menyasarkan golongan milenial yang bergaya memandangkan trend industri menunjukkan bahawa golongan ini memilih untuk berfesyen tanpa meninggalkan adab kesopanan.

Beliau menyatakan bahawa golongan muda milenial Muslim tidak lagi mempunyai tanggapan yang pakaian sopan adalah ketinggalan zaman.

“Busana kami menggabungkan unsur tradisional dan kemodenan. Kami menawarkan busana fesyen sopan wanita yang mematuhi Syariah iaitu menutup bahagian tubuh dan anggota, mempunyai gaya-gaya unik berinovatif, serta potongan yang bergaya”.

5Dari jenama ternama di dunia

Jenama-jenama di bawah Modanisa.com terdiri daripada pendatang baharu dalam industri hingga ke jenama fesyen sopan yang ternama dan utama di dunia termasuk TUVA, BENIN, REFKA, TAVIN, Everyday Basic, Luvic dan label plus-size ALIA – semuanya label persendirian yang dimiliki sepenuhnya oleh Modanisa.com.

6Menerima Banyak Anugerah

Modanisa.com telah mengungguli anugerah kategori Seni Islam yang diidami ramai dalam Anugerah Ekonomi Islamik (Islamic Economic Awards) yang berpangkalan di Dubai dan Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Antarabangsa (International Business Excellence Award) di bawah kategori “E-dagang dan Pengalaman Digital” dalam tahun 2017 dan 2018 masing-masing.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Modanisa.com, sila layari laman sesawang: modanisa.com atau muat turun applikasi melalui Google Play Store atau Apple App Store.