Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

Elakkan Menyimpan 9 Jenis Makanan Ini Di Dalam Peti Ais Anda

by Aphit J.
November 22, 2020
37
KONGSIAN
Share on Facebook

Hampir semua daripada kita akan menyimpan semua jenis makanan di dalam peti sejuk bukan? Menurut New Australia, berikut adalah 9 jenis makanan yang sepatutnya tidak di simpan di dalam peti ais dan ini adalah senarainya.

Roti

via Best Homemade

Ramai yang menyimpan roti di dalam peti sejuk bagi membuatnya tahan lebih lama. Di sebalik kebenaran itu, tekstur roti akan bertukar menjadi keras dan kurang enak sewaktu dimakan. Malah, roti tersebut akan bercampur dan menyerap bau makanan lain yang pastinya buat anda pening kepala.

Madu

via Ceria Sihat

Berbeza dengan roti, madu tidak mempunyai tarikh luput maka ianya tidak perlu disimpan dalam peti ais untuk tahan lama. Biarpun elok untuk diletakkan dalam suhu bilik, sila pastikan ianya tidak disimpan di tempat yang terdedah dengan haba bagi menjaga rasa dan kualitinya.

Rempah Ratus

via Charismatic Planet

Menurut New Australia, elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Bukan sahaja teksturnya akan berubah, malah ianya turut menyebabkan peti sejuk anda berbau herba. Sebaliknya, sudah memadai diletakkan pada suhu bilik sahaja.

Bawang

via Taste

Kalau peti ais anda sentiasa berbau dan anda sedang mencari-cari apa puncanya, mungkin ia disebabkan bawang yang anda simpan. Bau bawang sememangnya amat kuat lebih-lebih lagi yang telah dipotong atau dihiris. Selepas ini, simpan bawang dalam bekas sebelum menutupnya untuk disimpan di rak dapur.

Ubi kentang

via India TV

Amalan menyimpan ubi kentang di dalam peti sejuk tidak baik untuk kesihatan. Ini adalah kerana kanji yang terdapat dalam kentang tersebut akan ditukar kepada gula yang juga menjadikannya tidak segar dan kurang sedap apabila dimakan. Ubi kentang seeloknya disimpan di tempat kering bagi memastikan kualitinya sentiasa terjaga.

Sos

via Inspired Taste

Sos yang disimpan di dalam peti ais menjadikannya pekat dan sukar untuk dituang semasa hendak digunakan. Malah, ia turut menjejaskan keaslian rasanya. Maka, sos sebaiknya disimpan pada suhu bilik dan pastikan penutup botolnya ditutup rapat.

Makanan Dalam Tin

via NY Times

Makanan tin yang masih berbaki hendaklah dikeluarkan daripada bekasnya terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Lebih elok sekiranya makanan tersebut disimpan di dalam bekas plastik atau kaca yang berpenutup. Jika tidak, dikhuatiri makanan itu akan bertindak balas dengan logam tin tersebut.

Mentega

via EdaMommies

Menurut New Australia, apabila disimpan di dalam peti sejuk, tekstur mentega akan mengeras. Keadaan ini pastinya menyulitkan apabila anda hendak menggunakan mentega tersebut. Justeru, ia sepatutnya disimpan dalam bekas berpenutup pada suhu bilik.

Makanan Panas

via VOX

Makanan yang panas memang tidak elok disimpan dalam peti ais. Ini kerana ia menghalang pertambahan kelembapan serta mengekalkan suhu peti ais. Untuk pengetahuan, perubahan suhu di dalam peti sejuk anda mampu menjejaskan kualiti dan kesegaran makanan lain.

Jadi sebaiknya elakkan menyimpan makanan di atas di dalam peti ais untuk mengelakkan kesegaran dan kualiti makanan anda tidak terjejas.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
barang yang di elakkan simpan di dalam peti aispetua makananpetua menyimpan barangtips makanan
https://lomp.at/74sd9
Share15Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem