Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Bahaya! 7 Lokasi Ini Merupakan Lokasi Pelancongan Paling ‘Extreme’ Di Dunia

by Aphit J.
November 22, 2020
via Robus de Peru

via Robus de Peru

26
KONGSIAN
Share on Facebook

Mengunjungi lokasi pelancongan yang bergelar ‘extreme’ pasti membuat anda teruja. Hal ini kerana tidak ramai daripada kita untuk berani mencuba tempat-tempat pelik ini. Berikut adalah 7 lokasi pelancongan yang sangat ‘extreme’ dan bahaya untuk dikunjungi menurut Bright Side.

Gunung Berapi Sinabung, Indonesia

via Astro Awani

Ia merupakan gunung berapi yang aktif dan letusan kerap kali berlaku disitu. Bandar-bandar dan kampung berdekatan telah diselaputi sepenuhnya oleh lava serta asap tebal.

Letusan pernah berlaku beberapa kali pada tahun 2010, 2013, 2014 dan 2015 dan terbaru berlaku pada 27 Februari 2016 yang mengeluarkan gas volkanik yang sangat tebal, batu-batu dan asap setinggi 2,500 meter.

Iha Da Queimada Grande (Pulau Ular), Brazil

via Grunge

Menurut Bright Side, Pulau ini dikenali secara meluas sebagai tempat paling berbahaya di dunia kerana dipenuhi oleh salah satu ular yang paling berbisa di dunia, iaitu ular Bothrops. Saintis menganggarkan terdapat 5 ekor ular di setiap 1 meter persegi pulau ini.

Bikini Atoll, Pulau Marshall

via Bikini Atol

Bikini Atoll adalah rumah bagi banyak program menguji bahan nuklear yang telah menukarkan tempat ini menjadi sebuah tempat pembuangan bahan radioaktif. Penduduk-penduduk di sini dipaksa meninggalkan rumah mereka dan tahap radiasi yang luar biasa yang direkodkan di sini boleh mengakibatkan barah.

Taman Negara Madidi, Bolivia

via Robus de Peru

Sekali pandang tempat ini kelihatan tersangat indah, namun realitinya ia sangatlah berbahaya kerana terdapat tumbuhan yang paling beracun dan agresif di dunia. Jika berlaku sentuhan antara manusia dengan tumbuhan ini akan menyebabkan kegatalan, ruam dan pening-pening.

Death Valley, Amerika Syarikat

via AA Northen

Death Valley memegang rekod tempat yang mempunyai suhu tertinggi yang pernah direkodkan dalam dunia, iaitu 56.7 darjah celcius. Cahaya matahari dan haba yang panas di sini akan membuatkan anda berasa dahaga dengan sangat cepat. Tanpa air, anda hanya boleh hidup di sini selama 14 jam sahaja.

Gurun Danakil, Afrika

via Pinterest

Menurut Bright Side, suhu yang membakar di Gurun Danakil, sama seperti Death Valley, mencecah 50 darjah celsius, banyak gunung berapi yang aktif, geiser (air pancut) yang mengeluarkan gas-gas toksik, membuatkan tempat ini sangat berbahaya.

Gunung Washington, Amerika Syarikat

via Mount Washington

Gunung Washington memegang rekod angin yang paling laju pernah direkodkan di atas muka bumi. Rekod terlaju yang pernah dicatat di sini adalah 327 kilometer per jam.

Namun, angin yang bertiup kencang bukan lah satu-satunya ancaman di sini, suhunya juga boleh jatuh serendah -40 darjah celsius, runtuhan salji yang kerap dan berterusan membuatkan gunung ini tempat yang sangat berbahaya.

Jadi mungkin anda boleh mencuba melawat di lokasi tersebut dan mencuba pengalaman baru yang pastinya mengujukan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
lokasi bahayalokasi menariktempat menariktempat paling bahayatips melancong
https://lomp.at/o4hjx
Share10Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem