Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

COVID-19 : Semi Final Muzik-Muzik 35 Episod 3 Ditunda

by Khai Azfar
November 22, 2020
48
KONGSIAN
Share on Facebook

Susulan daripada kes positif  wabak COVID-19 yang dijangkiti oleh penyanyi dan pengacara Alif Satar, pihak produksi Semi Final Muzik-Muzik (SFM35) sebentar tadi telah mengumumkan penundaan bagi episod 3 yang juga malam penentu bagi 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35).

Menerusi kenyataan media kepada pihak Murai.my sebentar tadi, pengumuman yang dibuat saat-saat akhir itu adalah bagi mencegah risiko penularan wabak itu dan difahamkan pihak produksi turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan proses sanitasi.

Kakitangan yang terlibat dalam produksi tersebut telah memulakan kuarantin dan bekerja secara virtual di rumah masing-masing bermula hari ini. Mereka  yang juga kontak rapat dengan artis terbabit turut menjalani ujian calitan (swab test) COVID-19. 

Terdahulu, Alif Satar sempat membuat persembahan di episod pertama rancangan itu pada Jumaat lalu sebelum disahkan positif pada petang tadi.

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Alif memaklumkan dia telah melakukan beberapa ujian saringan COVID-19 termasuklah sebelum menjalani beberapa penggambaran. Redha dengan segala dugaan dan ujian yang diterima, Alif turut memohon maaf sekiranya situasi tersebut memberikan kesulitan kepada beberapa pihak.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
ajl35muzikmuziksemi final muzik muzik
https://lomp.at/ege6y
Share19Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem