Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Siti Nurhaliza Dedah Rahsia Lagu Antara Aishah

by Khai Azfar
November 23, 2020
Share on Facebook

Setelah mendedahkan penyanyi Aishah yang membawakan lagu single Aku Bidadari Syurgaku ke separuh akhir muzik-muzik (SFMM35) pada Sabtu lalu, pelbagai persepsi telah diberikan oleh peminat-peminat penyanyi sebenar lagu tersebut, Dato Sri Siti Nurhaliza.

Siti Berterima Kasih

Bagi Siti sendiri, begitu besar makna buat dirinya dan berterima kasih apabila Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah binti Wan Ariffin sudi untuk membawakan lagu tersebut apatah lagi bertanding bersama penyanyi-penyanyi hebat lain.

“Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada Kak Aishah kerana sudi menyampaikan lagu ini. Tidak ada niat menyembunyikan atau berteka-teki, tetapi semuanya sudah dipersetujui terutama ketika pihak syarikat rakaman dan komposer, Ippo Hafiz belum lagi dapat menamakan atau mendapatkan penyanyi untuk lagu ini. Banyak proses dilalui dan alhamdulillah, dipermudahkan dan Kak Aishah tampil malam tadi.

“Saya sebagai penyanyi menyokong anak-anak muda atau mana-mana komposer yang berkarya dan tentunya Anugerah Juara Lagu antara pentas buat mereka. Jika saya tidak menyanyikannya, karya mereka tetap dapat dipersembahkan, saya menghormati bakat sesiapa sahaja di dalam industri baik yang senior atau junior,” tulisnya

Imbau Kenangan Manis 

Dalam pada itu, Siti turut mengimbau kembali kenangannya sekitar tahun 1995 yang mana dia pernah menyanyikan lagu Aishah berjudul Camar Yang Pulang pada peringkat akhir Bintang HMI 1995. Lebih manis, Siti turut menjuarai program realiti tersebut pada tahun itu.

“Sebelum ini saya yang menyanyikan lagu beliau dalam persembahan masa saya belum menjadi artis. Kemudian saya sampaikan lagu Camar Yang Pulang sewaktu bertanding Bintang HMI 1995. Kali ini, satu penghormatan buat saya apabila beliau menyanyikan lagu saya,” tulisnya lagi

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Rata-rata peminat begitu kagum dengan sikap Siti yang begitu merendah diri apatah lagi turut menyifatkan persembahan tersebut seperti mengulangi kenangan  25 tahun lalu.

YouTube video

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aishahAishah Aku Bidadari Syurgamudatuk seri siti nurhalizaSiti Nurhaliza Aishah
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  2. 2

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  3. 3

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  4. 4

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara