Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Tahniah! Suria FM Catat 2.9 Juta Pendengar Bagi Tahun 2020

by Khai Azfar
November 24, 2020
Share on Facebook

Stesen radio Suria FM menerusi sebuah kenyataan media nya berkongsi khabar gembira apabila mencatat peningkatan yang memberangsangkan dalam peratusan jumlah pendengar sebanyak 10.37% dari tahun sebelumnya.

Suria FM Nombor 4 Teratas Di Malaysia 

Berdasarkan keputusan kaji selidik radio GfK Wave Kedua 2020 yang dikeluarkan baru-baru ini, dengan jumlah peratusan tersebut sekaligus meletakkan kedudukan Suria FM di kedudukan keempat teratas dikalangan stesen radio berbahasa Melayu dan juga secara keseluruhan di antara radio komersial di Malaysia.

Suria FM berjaya mencatatkan peningkatan sehingga 2.9 juta pendengar. 88% daripada jumlah ini merupakan pendengar dari kawasan pusat bandar dengan 50% jumlah pendengarnya memperoleh pendapatan seisi rumah lebih daripada RM4,000 keatas.

Manakala “Suria Cinta” kekal sebagai segmen radio yang mempunyai tempoh masa tertinggi dihabiskan untuk mendengar (TSL) di antara empat stesen radio berbahasa Melayu tertinggi iaitu selama 2 jam 34 minit sepanjang Isnin hingga Jumaat dari jam 8 malam hingga 1 pagi.

Segmen Team Pagi Suria dan Hello Suria pada hari Sabtu jam 2.00 petang hingga 6.00 petang pula mencatatkan peningkatan pendengar eksklusif yang tertinggi di antara semua stesen radio komersial berbahasa Melayu untuk W2 2020 sebanyak +27% dan +16% berbanding tahun lepas.

Suria FM juga mengekalkan peningkatan jumlah pendengar yang tertinggi di kawasan Utara Semenanjung Malaysia sebanyak 34.35% berbanding tahun sebelumnya dan juga 14.20% di kawasan Selatan Semenanjung Malaysia. Stesen radio ini membuktikan kedudukannya sebagai salah satu saluran digital kreatif pilihan ramai apabila platform digital Suria iaitu media sosial Suria Malaysia, laman web www.suria.my dan YouTube Suria TV meraih hampir dua juta pengikut dan tontonan.

Lebih 1 Juta Tontonan Suria Duo X

Terbaharu, program digital Suria Duo X yang dianjurkan baru-baru ini mencatatkan lebih satu juta tontonan dan penglibatan melalui radio dan beberapa platform digital Suria seperti entri melalui Instagram, episod mingguan di Facebook dan YouTube, serta penglibatan komuniti melalui kelab peminat artis dan penyokong finalis Suria Duo X. Malah, seramai lebih 5000 orang jumlah penonton yang menonton siaran langsung secara serentak ketika episod finale Suria Duo X.

“Suria FM sentiasa akan berusaha memperbaiki prestasi seiring dengan perkembangan teknologi dunia digital pada masa kini. Keputusan ini juga membuktikan bahawa radio masih relevan menjadi pilihan masyarakat sebagai sumber hiburan dan maklumat.”

“Untuk memberikan kepuasan mendengar radio dan memenuhi keperluan kandungan untuk sasaran pendengar, kami akan sentiasa meneroka idea kandungan baru dan pelbagai platform antaranya melalui platform radio, digital dan siri jelajah (on ground) secara lebih kreatif.” kata DJ Lin selaku Pengurus Kanan Suria

Bukan itu sahaja, pendengar kini juga boleh mengakses dan mendengarkan Suria FM melalui aplikasi SURIA mahupun laman web 24 jam setiap hari, dimana-mana sahaja, pada bila-bila masa yang mana telah merekodkan seramai 770 ribu muat turun daripada pengguna.

suria fm
https://lomp.at/an285
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem