Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Yung Raja Curi Perhatian Dengan Tarian Tradisional Malaysia

by Khai Azfar
November 25, 2020
21
KONGSIAN
Share on Facebook

Belum pun reda kehangatan lagu Yung Raja “The Dance Song” dengan hampir sejuta tontonan di Youtube kurang sebulan yang lalu, hari ini, single terbaru penyanyi rap Singapura itu tular lagi apabila dipersembahkan dalam bentuk tarian tradisional Malaysia pula.

Gabung Tarian Malaysia 

Video “The Dance Song (Malaysian Traditional Dance Version)” berdurasi selama tiga minit itu memaparkan persembahan tarian tradisional yang cukup memukau daripada penari- penari pelbagai latar belakang dengan melodi rancak serta up-to-beat lagu ‘The Dance
Song’.Biarpun lagu nyanyian “The Dance Song” diadun dengan bait-bait rap Inggeris dan Tamil,namun penari-penari dalam video ini mempersembahkan gerakan tari yang cukup  bertenaga dengan aneka tarian tradisi Malaysia seperti Zapin Melayu, Tarian Kipas Cina dan Bharatha Natyam India.

Menariknya lagi ianya dipersembahkan artis tari profesional tanahair antaranya Alam Wakaka (Muhammad Haslam Abdul Rahman), Izzazly Fikry Kamri dan Kalaiasan Sivalingam yang mempersembahkan tarian Zapin Melayu. Bagi tarian tradisional kipas dan sapu tangan cina pula ditarikan oleh pasangan Wong Chi Yin dan Douglas Philip Labadin. Lenggok tarian tradisi India ditarikan oleh artis tari Nadiah Rahmat, mendapat khidmat koreografer popular Mohd Nurul Azmie Zanal Abdden.

Dapat Permintaan Peminat Luar Negara 

Tarian tradisional yang menampilkan kreativiti kareografi yang hebat menerusi lagu “The Dance Song” ini merupakan inisiatif syarikat rakaman Def Jam Malaysia dan Universal Malaysia untuk mengetengahkan warna-warni tarian tradisional Malaysia di samping mempromosikan single terbaru Yung Raja yang semakin mendapat tempat peminat muzik tempatan.

Walaupun baru sahaja dimuatnaik menerusi laman akaun Youtube Universal Malaysia, rata-rata menyambut baik dengan memberi komen-komen positif terhadap video terbaru ini. Malah, ada peminat yang datangnya dari negara Indonesia meminta untuk pihak Def Jam Malaysia mengembangkan pengaruh “The Dance Song” mendapat sentuhan kareografi tarian kebangsaan mereka pula.

YouTube video

Single terbaru Yung Raja ‘The Dance Song’ ini mendapat sentuhan penerbit terkenal Singapura, Flightsch. Susun kata berseni nyanyian rap bintang mendapat jolokan tona suara Lil Pump Asia Tenggara ini cukup meledak setiap kali tampil dengan single terbaru. Buktinya Yung Raja mendapat lebih tiga juta aliran di pelantar muzik Spotify dan laman Youtube menjadikan dia sebagai bintang trap terulung di rantau ini.

Yung RajaYung Raja The Dance Song
https://lomp.at/dmjqn
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem