Tuesday, June 6, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

5 Kediaman Mewah Artis K-Pop Mampu Buat Anda Terpukau

by Naddy Joe
November 25, 2020
155
KONGSIAN
Share on Facebook

Kebiasaannya segelintir artis K-Pop enggan menunjukkan kediaman mereka kerana merasakannya ia adalah privasi. Berikut adalah 5 kediaman mewah artis K-Pop yang ramai tidak tahu. Stay tune guys!

Namkoong Min

Aktor yang memainkan watak antagonis sebagai Nam Gyu-man dalam drama bersiri Remember : War Of The Son ini mempamerkan kediamannya yang berkonsepkan kontemporari yang direka sendiri oleh beliau. Telah diketahui bahawa kediamannya terletak di salah satu pangsapuri mewah di Korea. Dengan pemandangan Sungai Han, kediaman Namkoong Min kelihatan sangat elegan dilengkapi dengan lantai marmar, perabot yang minimalis dan mempunyai suasana elit Seoul.

Song Seung Heon

Aktor yang membintang drama Autumn In My Heart ini menunjukkan kediaman mewah beliau yang dikelilingi oleh bukit dan laut dalam satu rancangan televisyen di Korea iaitu Home Alone. Kediaman mewah aktor ini terletak di Pulau Jeju, jauh dari kesibukan kota.

Kediaman aktor ini memberikan feel industrial and rustic, dilengkapi dengan perabot moden dan kontemporari. Bukan itu sahaja, terdapat tingkap kaca yang memiliki tempat duduk panel kayu, di mana Song Seung Heon dapat melepak dan menikmati pemandangan laut. Sangat hebat!

Ahn Bo Hyun

Aktor yang bergandingan bersama Park Seo Joon dalam Itaewon Class ini pernah menyatakan minatnya terhadap hiasan dalaman secara DIY ( Do It Yourself) dalam satu episod rancangan televisyen I Live Alone. Dilengkapi dengan hiasan estetik dan hiasan seni, membuatkan kediamannya kelihatan luas. Beliau menggunakan kombinasi kayu dan marmar  untuk kediamannya, yang mana ia adalah kombinasi terbaik untuk ruang yang lebih moden.

Suzy

Aktres yang membintangi drama Start-Up ini telah mempamerkan kediaman mewahnya yang terletak di Samseong, yang mana merupakan salah satu lokasi paling makmur di Seoul. Pangsapuri beliau yang berharga 3 Juta USD ini dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air serta dekorasi dalaman yang mewah. Ramai peminat sangat terkesan dengan dengan betapa bagusnya beliau mereka hiasan dalam rumah, dari penempatan perabot sehinggalah dekorasi yang sangat bergaya.

Kai EXO

Kai EXO mempamerkan kediamannya dalam satu episod rancangan televisyen “Home Alone”. Kediamannya yang dihias rapi, yang mana banyak menggunakan warna hitam dan putih. Beliau menjelaskan bahawa seluruh kediamannya direka untuk kelihatan seperi kertas kosong dengan aspek seperti sofa, meja makan, dan fixture light menjadi titik di atas kertas yang mengubahnya menjadi satu karya seni.

Para hos rancangan juga terkejut dengan bagaimana pintu di rumahnya kelihatan blend dengan dinding, oleh kerana ianya dicat dengan warna yang sama dan tidak memiliki bingkai.Hos rancangan itu juga menyatakan bahawa kediaman Kai adalah salah satu kediaman paling unik yang pernah dilihatnya.

 

 

 

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER Ahn Bo HyunkoreaNamkoong MinSong Seung HeonSuzy
Share62Tweet39SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Lokal

Selepas Dikecam, Netizen Tampil Backup Maryam…-“Masing-Masing Punya Didikan..”

by Jash Lee
March 29, 2023
Lokal

[VIDEO] Noor Nabila Pergi Korea Bukan Beli Skincare Tapi Beli…-“Apa Yang Lembik-Lembik Ni?”

by Jash Lee
March 23, 2023
Lokal

VIDEO Hael Husaini Terjerit-Jerit, Ramai Peminat Bimbang- “Abang Orait Ke Tu”

by Jash Lee
March 9, 2023
Filem

Ujibakat Terbuka Untuk Drama W: Two Worlds Malaysia,- “Tidak Perlu Pengalaman”

by Jash Lee
February 27, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Anzalna & Afifah Bersuara Isu Bapa Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS

  2. 2

    “Orang Ingat Dapat Baby Best?”-Perit Berjuang Tengah Malam Jaga Anak, Neelofa Akui Sering Kejut Suami Sambil Menangis

  3. 3

    Penampilan Yasmin Hani Undang Pelbagai Reaksi Netizen?-“Untung Cameraman…”

  4. 4

    Tidak Kisah Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Bakal Suami, Shila Amzah Terima Ubai Walaupun Gaji Bulanan Rendah!

  5. 5

    Gara-gara Teruk Difitnah, Aqil Zulkiflee Akhirnya Menang Saman

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan