Wednesday, June 29, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

Ini 3 Fakta Pergaduhan Kajol & Rani Mukerji Yang Tidak Diketahui Peminat

by Phic Arman
November 25, 2020
Ini 3 Fakta Pergaduhan Kajol & Rani Mukerji Yang Tidak Diketahui Peminat
Share on Facebook

Dalam dunia Bollywood, terdapat banyak rahsia di kalangan artis yang masih belum diketahui oleh ramai orang. Antara yang menarik perhatian Murai MY adalah kisah hubungan misteri aktres jelita Kajol dan Rani Mukerji.

Dilaporkan oleh freepressjournal.in, kisah hubungan pelakon Kuch Kuch Hota Hai ini paling terkenal di India. Ini kerana hubungan mereka berdua masih menjadi tanda tanya, samada mereka masih bergaduh ataupun sudah berdamai.

Berikut 3 fakta mengenai hubungan dingin mereka berdua sepanjang bergelar anak seni.

Tidak Bercakap Sepanjang Penggambaran Filem Kuch Kuch Hota Hai

Kajol dan Rani adalah dua pupu. Kajol merupakan anak kepada Tanuja dan Shomu Mukerji sedangkan Rani adalah anak kepada Ram Mukerji dan Krishna Mukerji. Ram dan Shomu adalah sepupu.

Kajol memulai debutnya dengan filem Bekhudi pada tahun 1992, sementara, Rani memasuki industri filem dengan Raja Ki Aayegi Baraat tahun 1997. Filem pertama Rani gagal memasuki box office, tetapi Rani mula dikenali selepas kemunculannya sebagai Tina di filem Shah Rukh Khan dan Kajol, Kuch Kuch Hota Hai.

Kuch Kuch Hota Hai ternyata menjadi titik permulaan karier Rani Mukerji. Pada saat itu Kajol adalah bintang besar di industri filem. Meskipun berasal dari keluarga yang sama, Kajol dan Rani Mukerji dilaporkan tidak mesra selama penggambaran filem Kuch Kuch Hota Hai. Namun, jika  keduanya ditanyai tentang hal yang sama, mereka selalu menafikan.

Heboh di Koffee With Karan

IKLAN

Dalam sebuah acara popular, Koffee With Karan musim 2, Karan Johar mengundang Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukerji pada masa yang sama. Ketika dia bertanya mengenai hubungan mereka, Kajol mengatakan bahawa mereka baik-baik saja antara satu sama lain. Rani juga menambah bahawa dia lebih rapat dengan adik perempuan Kajol, Tanishaa, daripada Kajol.

Tetapi kejadian mengejutkan berlaku di Koffee With Karan musim 3. Pada masa itu Karan Johar bertanya kepada Rani tentang satu perkara yang ingin dia tanyakan kepada Kajol. Rani terus terang berkata, “Mengapa kamu tidak menyukai saya?” Jawapan ini segera mengejutkan Karan Johar dan penonton.

Tidak Undang Ke Pernikahan

Pada tahun 2012, suami Kajol dan suami Rani, Ajay Devgan dan Aditya Chopra telah menambah kehangatan perang dingin mereka. Nampaknya filem Ajay Devgn berjudul Son of Sardaar dan filem Yash Chopra berjudul Jab Tak Hai Jaan dirilis pada hari yang sama.

Kerana pertembungan di box office, Ajay dilaporkan telah menuduh Aditya mengambil lebih banyak tayangan untuk JTHJ daripada SOS. Sejak itu, Kajol dan Rani lebih gemar tidak bersemuka antara satu sama lain. Anehnya, Rani tidak mengundang Kajol untuk perkahwinannya pada tahun 2014.

Bertahun-tahun kemudian, Kajol dan Rani menyelesaikan masalah mereka dan mengejutkan semua orang ketika merayakan ulangtahun yang ke-20 tahun filem Kuch Kuch Hota Hai. Apa yang menarik, Rani memanggil Kajol ke atas pentas dan mengucapkan terima kasih kerana sentiasa menyokongnya semasa penggambaran filem Kuch Kuch Hota Hai.

Semoga kalian berdua terus berdamai Kajol dan Rani Mukerji!

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: ajay devgankajolKuch Kuch Hota Hairani mukerji
Share1Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

Alia Bhatt Umum Bakal Jadi Ibu, Ramai Bintang Bollywood Ucap Tahniah
Bollywood

Alia Bhatt Umum Bakal Jadi Ibu, Ramai Bintang Bollywood Ucap Tahniah

by Mas Ayu
June 28, 2022

Pelakon bollywood jelita, Alia Bhatt mengumumkan berita gembira di media sosialnya semalam dengan memuatnaik gambar di klinik. Bakal Timang Cahaya...

Read more
Sara Ali Khan Pakai Gaun Seksi, Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Bollywood

Sara Ali Khan Pakai Gaun Seksi, Undang Pelbagai Reaksi Netizen

by Mas Ayu
June 20, 2022

Pelakon jelita yang semakin meningkat naik namanya dalam industri perfileman bollywood, Sara Ali Khan, mencuri tumpuan ramai dengan muatnaik terkininya...

Read more
Preity Zinta Kenang Filem Jhoom Barabar Jhoom Tak Sangka 15 Tahun Berlalu
Bollywood

Preity Zinta Kenang Filem Jhoom Barabar Jhoom Tak Sangka 15 Tahun Berlalu

by Mas Ayu
June 17, 2022

Sebut saja nama Preity Zinta, pasti tergambar senyuman manis bersama lesung pipi terpacar di ingatan yang mengenali pelakon bollywood tersebut....

Read more
Wah! Jom Intai 5 Selebriti Bollywood Ini Yang Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Bollywood

Wah! Jom Intai 5 Selebriti Bollywood Ini Yang Menyambut Hari Raya Aidilfitri

by Aphit J.
May 1, 2022

Setiap tahun, bukan saja selebriti di Malaysia menjadi tumpuan peminat setiap kali tiba musim perayaan. Selebriti di Bollywood juga tidak...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ‘Kau Pun Ada Special’-Netizen Simpati Dengan Luahan Hati Syafiq Yusof Puji Abangnya

  2. 2

    [VIDEO] Chef Wan Setuju Ulasan Tan Sri Rafidah Aziz Persoal Kenaikkan Gaji Pengerusi FGV

  3. 3

    Ismail Leon Persoal Di Mana Bapa, Ini Penjelasan Rihana Oksana Petra

  4. 4

    “Batang Penyapu Ke B*b*!” – Ini Respond Sakinah Bila Dapat Komen Yang Mengarut Di Media Sosial

  5. 5

    ‘Gambar 4 Tu’ – Netizen Terkejut Lihat Saiz Pinggang Aina Abdul?

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera