Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

RM30 Juta Royalti Artis Belum Bayar? SPRM Serbu Pejabat 4 Badan Pengurusan

by Phic ARMAN
November 26, 2020
Share on Facebook

Nampaknya usaha keras Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) berkaitan isu manipulasi kutipan royalti akan berbuahkan hasil.

Ini susulan dari tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang akhirnya membuat serbuan terhadap empat pejabat badan pengurusan royalti artis semalam (25/12) bagi memulakan siasatan berhubung isu dana hasil kutipan royalti hak cipta lagu.

Foto: ProjekMM

4 buah syarikat yang terlibat termasuklah

  1. Recording Performers Malaysia (RPM),
  2. Public Performance Malaysia (PPM),
  3. Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku Persembahan Artis (PRISM)
  4. Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP).

Seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro, siasatan dibuat berhubung isu penyalahgunaan dana hasil kutipan royalti hak cipta lagu yang diterima daripada pengusaha industri di Malaysia bagi tujuan persembahan awam atau ‘public performance’ di mana royalti yang dikutip ini tidak disalurkan kepada artis dan pencipta lagu.

Dalam laporan sama memaklumkan bahawa SPRM telah mengambil dokumen-dokumen dari 4 buah syarikat untuk tujuan siasatan. Malah beberapa individu yang terlibat akan dipanggil untuk buat siasatan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Foto: FMT

Sebelum ini, Presiden Karyawan, Freddie Fernandez meluahkan rasa kecewa dengan kemungkinan beberapa “tangan tersembunyi” memanipulasi kutipan royalti untuk keuntungan mereka sendiri.

Dipetik dari FMT, hampir RM30 juta royalti yang sudah dikutip belum dijelaskan kepada artis rakaman, pemuzik dan penghibur. Ia terbiar begitu sahaja dengan dua syarikat yang diberi kuasa mengagihkan pembayaran.

Error happened.
"Lepas Ni, Jom Normalise Kan Confrontation." - Banteras Buli Siber, Uyaina Arshad Disokong Rakan Artis
artisBadan Pengutip Royalti Hak Pelaku Persembahan Artis (PRISM)Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP)Public Performance Malaysia (PPM)rasuahRecording Performers Malaysia (RPM)
https://lomp.at/3w3ai
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara