Semalam, dunia dikejutkan dengan pemergian pemain bola sepak terkenal, Diego Maradona yang meninggal dunia akibat serangan jantung. Berikutan khabar menyedihkan itu, Presiden Argentina, Alberto Fernandez mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari di negara Amerika Selatan tersebut.

Jersi Nombor 10 Perlu Ditamatkan 

Mengenang ikon Argentina itu, Jurulatih Marseille, Andre Villas-Boas berkata jersi No 10 yang sinonim dengan Maradona perlu ditamatkan penggunaannya daripada semua pasukan sebagai memperingatinya.Villas-Boas percaya FIFA sepatutnya memberi penghormatan dengan menamatkan penggunaan nombor jersi berkenaan di seluruh dunia.

IKLAN

Seluruh dunia telah memberikan penghormatan buat Maradona malah rakan senegara yang juga pemain bola sepak terkenal Lionel Messi menggambarkannya sebagai “abadi”.

Terdahulu, pada awal bulan ini Maradona telah menjalani pembedahan membuang ketulan darah beku di otak.Media Argentina melaporkan kesihatan Maradona merosot teruk malam sebelum pemergiannya dan sedang dirawat oleh doktor di kediamannya di utara Buenos Aires.