Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Netflix Time! Ini 3 Filem Korea Akan Datang Di Netflix

by Naddy Joe
November 29, 2020
19
KONGSIAN
Share on Facebook

Bila hujung minggu, mesti anda tertanya-tanya, nak tengok movie apa ya? Di sini kami kongsikan 3 filem Korea yang akan datang di Netflix untuk tontonan anda. Ready for Netflix time?!

The Call

Filem genre mystery thriller dan jenayah ini mengisahkan Seo-yeon (Park Shin hye)  yang berusia 28 tahun kehilangan telefon bimbitnya ketika dalam perjalanan untuk mengunjungi ibunya yang sakit dan tinggal di kawasan luar bandar yang terasing. Beliau menemui telefon lama yang berusia satu dekad dalam almari di rumahnya. Tiba-tiba beliau mendapat panggilan telefon daripada seorang wanita bernama Young-sook (Jun Jong-seo) yang sedang mencari rakannya.

Seo-yeon meletak telefon itu kerana menyangkakan wanita tersebut menghubungi nombor yang salah, tetapi beliau kemudian mengetahui bahawa panggilan telefon itu datang dari rumah yang sama 20 tahun yang lalu. Siapakah Young-sook? Apakah kaitan di antara Young-sook dan Seo-yeon? Nantikan tayangannya di Netflix pada 27 November 2020 ini.

YouTube video

Space Sweepers

Filem genre sains fiksyen  dan space blockbuster yang dibintangi oleh Soong Joong Ki dan Kim Tae-ri ini mengisahkan pada tahun 2092, ketika Bumi telah menjadi sebuah planet yang suram dan tidak berpenghuni. Privileged class ini tinggal sebagai warga UTS di habitat yang dibina di antara Bumi dan bulan, sementara 95% manusia yang bukan warganegara berjuang untuk terus hidup di Bumi yang hancur. Ruang angkasa kini penuh dengan sampah terapung yang berbahaya seperti satelit yang dibuang dan kapal angkasa yang kosong.

Kru kapal pemungut sampah ruang angkasa yang dikenali sebagai The Victory ini menemui sebuah robot humanoid yang terkenal sebagai senjata pemusnah besar-besaran. Mereka terlibat dalam urusan perniagaan yang berisiko dan menjelajag seluruh ruang angkasa untuk mencari sampah yang dapat menghasilkan wang. Apakah akan terjadi kepada mereka? Adakah mereka akan selamat? Nantikan tayangan filem ini di Netflix pada suku pertama 2021 ini.

https://www.youtube.com/watch?v=uH_KV_GYIKw

What Happened To Mr. Cha?

Filem genre komedi yang dibintangi oleh Cha In-pyo ini mengisahkan Mr Cha ( Cha In-pyo) yang menikmati zaman popularitinya yang luar biasa pada tahun 90-an sebagai seorang lelaki yang gentle dan sempurna.  Tetapi sekarang beliau hanya dapat mengingati saat-saat kejayannya dan menunggu seseorang untuk mengambil beliau bekerja semula.

Namun, semasa beliau mengunjungi gim untuk mandi, bangunan itu tiba-tiba runtuh dan menyebabkan Cha terperangkap di antara runtuhan bangunan. Mampukah beliau bertahan dari kejadian itu tanpa menjejaskan reputasinya? Nantikan tayangan filem ini di Netflix pada 1 Januari 2021 ini.

Jom Netflix Time!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/lklh3
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem