Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

RM BTS Dilihat Melempar Smartphone-nya Galaxy ZFold 2, Ini Reaksi Samsung!

by Phic ARMAN
November 27, 2020
563
KONGSIAN
Share on Facebook

Tindakan RM (Rap Monster) melemparkan Smartphone-nya sendiri selepas nama BTS (Bangtan Boys) diumumkan tercalon untuk Anugerah Grammy 2021 terus menjadi topik utama dan menjadi bualan hangat dikalangan netizen.

Malah Samsung, yang mengeluarkan telefon bimbit itu telah memberi reaksi di twitter.

Saat mendebarkan para ahli BTS menunggu pengumuman pencalonan Grammy, RM dilihat memegang telefon bimbitnya. Ketika BTS diumumkan, RM atau nama sebenarnya Kim Namjoon segera bangun dan lompat gembira. Dia dilihat mencampak telefon bimbitnya sendiri dan tidak peduli.

Ohmmmmmmyyyyyyyyggghghhhhhhhgggggggggdhdhsjsixudbslsogbdsisgshdbxidjdbdidhdifjfiri#GRAMMYs #BTS pic.twitter.com/6CWkSPoR6W

— 방탄소년단 (@BTS_twt) November 24, 2020

Seperti diketahui, BTS telah menandatangani kontrak bersama Samsung untuk iklan dan telefon bimbit yang mereka gunakan pada saat ini. Telefon yang dilemparkan oleh RM adalah Samsung Galaxy ZFold 2 yang harganya sekitar RM7,999.

Melalui akaun Twitter rasminya, Samsung mengulas tindakan RM mencampak telefon bimbitnya yang mahal. Mereka mengucapkan tahniah kepada BTS terlebih dahulu,

“Boom! Kami sangat bangga dengan pencalonan Grammy anda! Anda dinamit!” dan menambah, “Tidak ada Galaxy ZFold 2 yang dicederakan dalam kegembiraan ini.”

Dalam siaran langsung oleh BTS, RM telah memaklumkan bahawa Smartphone-nya  dalam keadaan baik. Malah dia sempat memuji jenama Samsung memiliki peranti yang kuat. Dalam perkembangan lain, single hit BTS “Dynamite” dicalonkan untuk Best Pop Duo/Group Performance bersama “Un Dia (One Day)” J Balvin, Dua Lipa, Bad Bunny dan Tainy, “Intentions” Justin Bieber (menampilkan Quavo), “Rain on Me” Lady Gaga dan Ariana Grande, dan “Exile” Taylor Swift (menampilkan Bon Iver).

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Samsung Dedah Bayangan Awal Galaxy Z Fold 7: Rekaan Slim, Kamera AI Makin Canggih
Anugerah Grammy 2021BTSsamsung
https://lomp.at/lwc10
Share225Tweet141SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem