Bagi peminat K-drama, sudah tentu anda tertanya-tanya, apa K-drama yang akan datang di Netflix? Di sini kami kongsikan 4 drama bersiri Korea yang akan datang di Netflix untuk tontonan anda. Stay tune guys!

1Sweet Home

Drama bersiri yang diadaptasi dari webtoon yang terkenal dengan nama yang sama, Sweet Home adalah sebuah thriller 10 episod yang menggunakan VFX/SFX berdasarkan dunia unik yang mana manusia berubah menjadi raksasa yang menggambarkan keinginan dalaman mereka.

IKLAN

Cha Hyeon-su, seorang pelajar sekolah menengah yang berpindah ke pangsapuri baru bernama Green Home setelah berlakunya kejadian yang tragis. Beliau juga menghadapi situasi pelik yang mengubah hidup dan mendorongnya untuk keluar agar dapat menyelamatkan manusia-manusia yang lain. Nantikan tayangan drama ini pada 18 Disember 2020.

2The Uncanny Counter

Drama bersiri yang berdasarkan webtoon yang terkenal dengan tajuk yang sama, The Uncanny Counter adalah kisah superhero yang bekerja di restoran mi sambil memburu roh jahat. Siri ini menggambarkan kisah roh-roh jahat yang datang ke Bumi untuk mendapatkan kehidupan yang abadi, seperti Counters yang memburu mereka dengan bakat masing-masing, seperi kuasa ghaib, kebolehan psikometrik, dan kebolehan untuk menyembuhkan.

Jo Byeong-gyu memainkan watak sebagai So Mun, Counter yang luar biasa dan berbeza dari yang lain. So Mun adalah hero yang masih dalam latihan tetapi menggerakkan keberaniannya untuk melawan roh-roh jahat setelah melihat rakannya menerima layanan yang tidak adil. Sementara itu, Yu Jun-sang menunjukkan kebolehannya sebagai Ga Mo-Tak, Counter yang tak dapat dikalahkan. Bukan itu sahaja, anda juga dapat melihat Kim Se-jeong yang memainkan watak sebagai Do Ha-na, seorang manusia yang boleh mengesan roh jahat untuk Counters. Nantikan tayangan drama ini pada 28 November 2020 di Netflix.

3Run On

Drama genre romantik ini memberikan comeback bintang muda seperti Yim Si-wan, Shin Sae-kyung, Choi Soo-young, dan Kang Tae-oh. Drama ini mengisahkan manusia yang sukar untuk berkomunikasi, walaupun bercakap dalam bahasa yang sama. Run On menampilkan pelbagai watak dengan latar belakang yang berbeza tetapi membina perhubungan menggunakan bahasa mereka sendiri.

Yim Si-wan yang merupakan watak utama sebagai Ki Seon-gyeom iaitu bekas pelari jarak jauh pasukan kebangsaan terpaksa bersara disebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Sementara itu, Shin Sae-kyeong yang memainkan watak sebagai Oh Mi-joo yang menjadi interlanguage bridge sebagai penterjemah filem.  Choi Soo-young yang memegang wataks ebagai Sei Dan-ah iaitu seorang CEO agensi sukan dan pewaris bagi Samyeong Group, tetapi terpaksa mengundurkan diri kerana statusnya sebagai wanita. Nantikan tayangan drama ini pada 16 Disember 2020 di Netflix.

4Lovestruck In The City

Drama ini mengisahkan gambaran realistik anak muda yang mengejar percintaan dan kebahagiaan sambil berjuang untuk mendapatkannya dalam persekitaran bandar yang sibuk dan kompetitif. Ji Chang Wook yang menegang watak sebagai Park Jae Won iaitu seorang arkitek lelaki yang jujur, bersemangat, dan pencinta keindahan jalan raya di bandar. Sebagai figura romantik, ianya sukar untuk melupakan seorang wanita yang hilang dalam sekelip mata setelah berjaya mencuri hati dan kameranya.

IKLAN

Sementara itu, Kim Ji Won yang memegang watak sebagai Lee Eun O iaitu seorang graduate marketing worker terpaksa menukar identitinya buat sementara waktu dan menjadi Yun Seon A. Identiti barunya itu membuatkan beliau lebih spontan dan bergerak bebas. Eun O pergi ke sebuah tempat yang terpencil dan jatuh cinta dengan Jae Won. Nantikan tayangan drama ini pada Disember 2020 di Netflix.

Jom Marathon K-Drama di Netflix!