Pelbagai jenis taman tema diwujudkan sekarang ini dan setiap dari taman tema berlumba-lumba untuk mencipta ‘rides’ yang unik dan pasti menguji tahap adrenalin anda. Berikut merupakan 5 jenis roller coaster yang pernah diharamkan munurut halaman YouTube Top 5 Best.

1Hypersonic XLC

via Terp Connect

Hypersonic LXC di taman tema Kings Dominion yang terletak di Virginia, Amerika Syarikat ini telah diharamkan kerana kereta ini bergerak dari keadaan pegun ke kelajuan 128 kilometer sejam, hanya dalam masa 1.5 saat!

Jika penumpang mengangkat tangan mereka ketika kereta ini bergerak, kemungkinan besar bahu mereka akan terlucut akibat pecutan yang terlalu laju.

IKLAN

2Fujin Raijin II

via Million Secrets

Roller coaster Fujin Raijin II ini terletak di Expoland di bandar Osaka, Jepun. Satu insiden terjadi apabila kereta rollercoaster ini telah tergelincir menyebabkan beberapa pengunjung cedera parah manakala seorang pelajar 19 tahun terbunuh selepas kepalanya diheret di atas rel tersebut sepanjang beberapa ratus kaki.

3The Big Dipper

via London News

Terletak di taman tema Battersea Park Fun Fair, The Big Dipper merupakan tarikan utama dan tertua. Munurut halaman YouTube Top 5 Best, roller coaster yang berusia 22 tahun ini diharamkan kerana telah meragut nyawa manusia apabila tali yang menarik kereta rollercoaster ini ke atas bukit telah terputus dan berpatah balik ke bawah bukit seterusnya terhempas.

4Derby Racer

via India Dot Com

Roller coaster ini diharamkan ketika satu kejadian di mana pemilik syarikat rollercoaster ini ingin memberikan ucapan mengenai keselamatan permainan ini dan beliau berasa ia lebih menarik jika dilakukan sambil menaiki rollercoaster.

Ketika rollercoaster ini sedang berjalan, beliau yang sedang memberi ucapan, tiba-tiba bangun, dan telah tercampak yang mengorbankan nyawanya. Akibat daripada bahaya yang mengundang oleh rollercoaster ini, ia telah ditutup dan diruntuhkan.

5The Big Dipper

via Verywell Health

The Big Dipper yang terletak di Omaha, Nebraska ini ditutup disebabkan sebuah tragedi ngeri berlaku apabila beberapa buah kereta rollercoaster ini telah tercabut ketika dinaiki akibat kerosakan brek.

Munurut halaman YouTube Top 5 Best, akibat daripada itu, kereta yang penuh dengan penumpang kanak-kanak telah tercampak ke atas tanah dan menyebabkan 4 kematian.

Diharapakan bagi peminat roller coaster untuk memerka dahulu taman tema yang ingin dituju. Pastikan taman tema tersebut mempunyai lesen yang sah dan sentiasa diperbaharui untuk mengelakkan perkara yang tida diingini berlaku.