Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Roller Coaster Tersangkut, Pengunjung Kongsi Detik Cemas Di Taman Tema Popular Subang Jaya

by Phic ARMAN
August 24, 2026
57
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau anda kaki taman tema, roller coaster mesti antara permainan yang paling ditunggu-tunggu. Adrenalin naik, jeritan pun bergema. Tapi bagaimana kalau permainan yang sepatutnya menyeronokkan tiba-tiba bertukar menjadi detik penuh cemas?

Itulah pengalaman yang dikongsi seorang pengunjung selepas sebuah roller coaster di taman tema popular di Subang Jaya dilaporkan tersangkut pada Sabtu lalu.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita berkenaan menceritakan bagaimana dia menerima panggilan daripada suaminya yang memaklumkan mereka terperangkap dan ada mangsa yang mengalami kecederaan.

“Jantung I Stop Sekejap…”

Menurut perkongsian tersebut, suami, anak, adik-beradik serta anak buahnya berada dalam roller coaster ketika kejadian berlaku.

Boleh bayangkan perasaan seorang ibu apabila tiba-tiba menerima panggilan seperti itu?

Lebih mendebarkan, proses membawa keluar semua mangsa dari permainan tersebut mengambil masa. Dari bawah, dia cuba untuk tidak panik sambil menunggu proses pemindahan dilakukan.

Dalam situasi mencemaskan itu, dia memilih untuk bersangka baik kepada Allah dan cuba kekal tenang sementara menantikan ahli keluarganya dibawa turun.

Masih Dalam Siasatan

Perkongsian itu turut menyebut terdapat dakwaan bahawa ada mangsa yang tergelincir dari landasan. Bagaimanapun, perkara tersebut masih dalam siasatan dan keluarga terbabit memilih untuk tidak mengulas lanjut.

Mereka juga memaklumkan sudah memberikan kerjasama kepada pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Bagi keluarga berkenaan, pengalaman itu jelas meninggalkan kesan yang mendalam.

Malah, luahan “Roller coaster and it won’t be the same anymore” cukup menggambarkan trauma yang masih dirasai selepas kejadian tersebut.

Persoalannya, bagaimana pengalaman yang sepatutnya menjadi memori menyeronokkan boleh bertukar menjadi sesuatu yang menghantui?

Buat masa ini, kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan menentukan apa yang sebenarnya berlaku.

Apa pun, keselamatan pengunjung tetap perlu menjadi keutamaan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
4
Star
Star
6
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
roller coasterSubang Jaya
Share23Tweet14SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Netizen Persoal DELIMa 3.0, Sindiran Fadhlina “Makan Dalam”

by Phic ARMAN
September 17, 2026

Kalau anda ibu bapa yang mempunyai anak masih bersekolah, nama DELIMa mungkin sudah tidak asing lagi. Platform pembelajaran digital Kementerian...

Read moreDetails
Foto - @prvtdammy (Threads)
Sosial Buzz

Tikus Berlari Dalam MRT Buat Penumpang Panik, Rapid KL Tampil Beri Penjelasan

by Nurul A.
August 14, 2026

Suasana pagi bagi beberapa penumpang tren MRT nampaknya tidak menjadi indah apabila dikejutkan dengan kemunculan seekor tikus mencari jalan keluar....

Read moreDetails
Foto - @nanijismani (Threads)
Sosial Buzz

Wanita Kecewa Tayar Kereta Dicuri, Lebih ‘Frust’ Bila Berlaku Di Parkir Berbayar LRT

by Nurul A.
August 18, 2026

Nampaknya malang tidak berbau apabila seorang wanita, dikenali dengan nama Nani Jasmani, meluahkan rasa kecewanya selepas mendapati tayar keretanya telah...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Panik Anak Telan Belon Gam, Tindakan Sang Ibu Buat Ramai Sedar Kewujudan Pusat Racun Negara

by Nurul A.
August 19, 2026

Seorang ibu terpaksa berdepan dengan detik cemas apabila anaknya secara tidak sengaja menelan belon gam, yang pernah popular suatu ketika...

Read moreDetails
Insentif

Ramai Tak Tahu, Waris Boleh Tuntut Khairat Kematian RM1,000 Jika Penerima STR Meninggal Dunia

by Phic ARMAN
August 27, 2026

Bila bercakap tentang bantuan kerajaan, ramai mungkin lebih familiar dengan STR atau SARA. Tapi tahukah anda, ada satu lagi bantuan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Saya India, Ini Permintaan Yang Adil”- Netizen Puji Lelaki Tegur Bunyi Bising Kuil Di Sentul

by Phic ARMAN
September 21, 2026

Bila tinggal di kawasan perumahan, isu bunyi bising memang boleh jadi perkara sensitif. Lagi-lagi kalau bunyi tersebut berlarutan sehingga lewat...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Negara Je Merdeka Tapi Otak…”- Perangai Penonton Perarakan Putrajaya Jadi Bualan

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Semangat nak sambut Hari Kebangsaan memang lain macam. Ramai sanggup datang awal ke Putrajaya semata-mata mahu melihat sendiri kemeriahan perarakan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Uncle Tu Sampai Dulu Ye”- Netizen Tegur Sikap Pengguna Tren Terhadap OKU

by Phic ARMAN
August 20, 2026

“Uncle tu sampai dulu ye. A little awareness, please.” Itu antara teguran seorang pengguna Threads yang menarik perhatian ramai selepas...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Kenapa Ada Telefon Pada Rim Tayar?”- Netizen Hairan, Rupanya Mungkin Sedang Uji Fungsi Ini

by Phic ARMAN
August 26, 2026

Pernah nampak sesuatu yang pelik di media sosial sampai kita sendiri terfikir, “Eh, dia tengah buat apa tu?”  Itulah yang...

Read moreDetails
Lori Sampah Alam Flora, Bangladesh
Sosial Buzz

[VIDEO] Didakwa Warga Bangladesh Pandu, Lori Sampah Alam Flora Hempap 3 Kereta

by Nurul A.
August 27, 2026

Sebuah video yang dimuat naik di platform Threads dan TikTok telah mencuri perhatian apabila memaparkan sebuah lori sampah, milik syarikat...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    8 Episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, Ini Apa Yang Bakal Anda Saksikan

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara