Bintang Bollywood Shahrukh Khan (SRK) dan Akshay Kumar adalah dua bintang yang disegani di India. SRK masih memegang gelaran Raja Bollywood manakala Akshay terus kekal menjadi selebriti Bollywood dengan bayaran tertinggi dunia.

Mereka berdua mempunyai kelompok peminat sendiri dan ramai yang berharap kedua-dua mereka akan bergandingan dalam filem.

Namun, nampaknya SRK tidak terlalu berminat untuk bergandingan di filem dengan pelakon Padman itu. SRK pernah mendedahkan mengapa dia tidak mahu bekerja dengannya.

IKLAN

“Apa yang saya katakan, Saya tidak bangun seawal dia, “- kata Khan dalam temu bual dengan DNA India.

“Saya tidur ketika Akshay bangun. Dia mulakan hari-harinya lebih awal. Pada masa saya mula bekerja, dia sedang berkemas dan pulang. Oleh itu, dia mempunyai lebih banyak masa untuk bekerja. Saya aktif pada waktu malam. Tidak ramai orang yang gemar menjalani penggambaran pada waktu malam seperti saya, ”katanya.

“Pasti akan jadi lebih menarik dapat berlakon dengan Akshay. Dia akan meninggalkan set dan saya akan masuk. Saya ingin bekerja seperti Akshay tetapi cara kami bekerja tidak serasi, “tambahnya.

SRK dan Akshay Kumar pernah muncul dalam filem Om Shanti Om dan Heyy Babyy. Namun, dalam kedua filem itu, kedua-duanya hanya muncul sepintas lalu.

Dari kenyataan SRK kita dapat mengetahui bahawa Akshay Kumar adalah pelakon yang sangat berdisiplin mengenai masanya. Sebaliknya, Shahruh adalah jenis pelakon yang lebih suka bekerja hingga larut malam. Oleh itu, jangan terkejut jika SRK dapat menghabiskan tiga judul filem dalam satu tahun.