• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Akim Ahmad, Hazama, Black & Tomok ‘Balas Dendam’ Menerusi Single Bersama

by Khai Azfar
December 1, 2020
Share on Facebook

Siapa sangka di sebalik perbezaan karakter vokal keempat-empat penyanyi ini, mereka berkongsi kisah yang hampir sama. Bermula dengan ‘kosong’ sebagai budak hingusan yang menghadiri uji bakat pelbagai program realiti, kini Akim Ahmad, Hazama, Black Hanifah dan Tomok berada dalam kelas mereka yang tersendiri.

Konsert Ditangguhkan 

Satu persatu kejayaan yang diraih, membuktikan kerja keras dan kesungguhan mereka dalam mengabdikan diri sebagai anak seni seterusnya mencipta jenama tersendiri. Bagaimanapun, impian untuk menyaksikan gabungan keempat penyanyi ini beraksi dalam persembahan berskala besar menerui sebuah konsert masih belum terlaksana. Ini berikutan penangguhan konsert 4G’s yang sepatutnya berlangsung pada 17 dan 18 April lalu di Istana Budaya akibat penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam perkembangan terkini, konsert tersebut dijadualkan berlangsung bulan depan pada 11 dan 12 Disember kelak. Mengikut perancangan yang telah dibuat, Akim, Hazama, Black dan Tomok bakal menyanyikan sebuah lagu baru yang dicipta khas untuk dipersembahkan pada konsert itu. Namun, bagi memenuhi permintaan peminat, lagu yang sudah siap dirakam itu bakal dilancarkan secara rasmi pada hari ini.

Single Khas Bersama 

Lagu tersebut telah diberikkan judul “Suara Licik” dan merupakan hasil ciptaan dan terbitan Taja serta lirik ditulis oleh oleh Ana Raffali. Menurut Akim yang juga merupakan vokalis kumpulan Akim & The Majistret berkata dia menyifatkan lagu itu begitu unik.

“Rakaman lagu ini sangat unik. Lagu ini dihasilkan oleh Taja (Meet Uncle Hussain) dan lirik pula oleh Ana Raffali. Melodi dan lirik lagu ini sangat bagus. Saya amat gembira dapat menyanyi dan merakam lagu ini bersama tiga rakan lain. Kebetulan ketika itu kami nak ada konsert, jadi perlukan satu lagu baru yang dinyanyikan bersama. Jadi karya ini sangat menarik untuk kami persembahkan kepada peminat.

“Diakui, merakamkan sebuah lagu bersama Hazama, Black dan Tomok memberi pengalaman luar biasa. Sebab masing-masing ada karakter dan keunikan suara tersendiri. Mereka semua penyanyi yang bagus. Sejujurnya, saya teruja bekerjasama dengan mereka dalam projek ini.

“Apabila bekerja dengan kawan-kawan, kita tak ‘stress’ kerana masing-masing berikan kerjasama dan saling menyokong antara satu sama lain. Malah, kami cuba memberikan yang terbaik dalam sesi rakaman,” katanya dalam kenyataan media .

Tambahnya, selepas tarikh baru bagi konsert 4G’s telah ditetapkan, Akim teruja untuk mempersembahkan lagu baru itu pada skala yang besar.

“Pada hari konsert nanti, harapnya lagu ini dapat memenuhi cita rasa semua peminat dan mereka menikmati nyanyian daripada kami semua. Saya harap selepas ini peminat akan terus menyokong konsert dari kalangan artis tempatan.

“Tanpa penyokong dan peminat, rasa sunyi bila di atas pentas. Bila peminat ada, ia menyuntik semangat yang besar untuk kami sampaikan perasaan dan bait-bait lirik dalam persembahan setiap lagu,” katanya lagi.

Bagi Black pula, dia akui gembira dapat bekerjasama dengan ketiga-tiga rakannya itu apatah lagi bersama-sama bekerja keras mencipta nama suatu ketika dahulu.

“Perasaan sangat gembira kerana dapat bekerjasama dengan sahabat yang sama-sama suatu ketika dahulu membina nama dalam industri.

“Komitmen dan semangat yang diberikan mereka bertiga menunjukkan yang mereka juga berasa tidak sabar untuk lagu ini diputarkan. Malah, tidak sabar nak dipersembahkan secara langsung pada konsert.

“Alhamdulillah, kami sudah pun mendapat tarikh baru konsert yang tertunda ini. Insya Allah, kalau tiada aral melintang pada bulan depan 11 dan 12 Disember akan berlangsung konsert 4G’s,” kongsi Black.

Bagi Tomok pula, kali pertama bekerjasama dalam lagu bersama tiga rakan penyanyi lain sesuatu yang menarik dan istimewa.

“Alhamdulillah, lagu ini sangat istimewa sebab saya rasa ini pertama kali kami digabungkan bersama dalam satu lagu. Sebenarnya, bergandingan dengan semua sahabat saya ini satu perkara yang sangat menarik. Benda susah jadi menarik sebab kami tolong antara satu sama lain.

“Jadi, hasilnya menarik sebab semua kawan-kawan dalam ini. Sepatutnya, lagu kami dipersembahkan pada konsert tempoh hari, tapi disebabkan Covid-19 terbatal namun ia tak mematahkan semangat kami untuk teruskan konsert itu.

“Pada malam konsert itu nanti, kami akan persembahkan kepada semua. Saya sangat ‘looking forward’ pada lagu ini supaya ia diterima dan dekat di hati peminat. Saya harap lagu ini dapat sokongan semua,” katanya.

Sementara itu, Hazama menyifatkan kerjasama dengan Akim, Tomok dan Black saling memberi tunjuk ajar.

“Pengalaman bersama mereka bukan sahaja dalam lagu ini malah semasa kami bersama-sama di dalam industri. Ketiga mereka ini banyak memberi tunjuk ajar serta boleh menerima pandangan antara pihak yang lain.

“Mereka tidak kedekut memberi ilmu serta memberikan komitmen yang sangat tinggi sewaktu merakamkan lagu ini. Kami juga bukan sahaja sahabat dalam indusri malah sangat rapat di luar pentas,” tambahnya.

Lagu ini bakal dilancarkan di semua platform digital muzik dan boleh mula distrim mulai 27 Disember 2020 dan video lirik lagu “Suara Licik” akan dimuatnaik secara rasmi pada pukul 3 petang ini di saluran YouTube Nova Music.

Aril, Akim & Hazama Kongsi Momen Melawat Hafiz Suip Di Kuching, Netizen Terharu-"The Real Sahabat.."
Akim Ahmadblack hanifahhazamatomok
https://lomp.at/ozqfl
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[REVIEW] Antara Yang Menarik Saat Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip

by Naddy Joe
November 7, 2025

Konsert solo penyanyi, Hafiz Suip 'Di Sebalik Aku: Hafiz Suip' yang berlangsung pada Sabtu lalu berjaya memukau lebih 3,500 peminat di...

Read moreDetails
Musik

“Semoga Saja” Bukan Sekadar Lagu Cinta – Aisha Retno Dedah Kisah Sebenar!

by Aphit J.
October 4, 2025

Sejak kemunculannya dalam industri muzik pada 2018, Aisha Retno terus mencipta nama sebagai penyanyi berbakat besar dengan suara yang unik...

Read moreDetails
Screenshot
Lokal

[VIDEO] Thalita Kongsi Momen Kemenangan Talk To My Manager, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

by Naddy Joe
October 13, 2025

Umum mengetahui, anak kepada pelawak dan usahawan Shuib iaitu Thalita berjaya mendapat tempat kedua di program realiti, Talk To My...

Read moreDetails
#ApaPlan

Tiket Konsert Deep Purple Laku Keras, Penganjur Tambah Seat!

by Phic ARMAN
October 31, 2025

Nampaknya aura legenda Deep Purple masih belum pudar! Tiket konsert Deep Purple Live in Malaysia yang bakal berlangsung tidak lama...

Read moreDetails
Musik

Irama Dua Dunia: “Hanya Doa” Satukan Mohderzam & Awang BPR Dalam Satu Nada

by Aphit J.
November 2, 2025

Nama Awang BPR bukan asing dalam industri muzik tanah air. Komposer “otai” ini terkenal dengan karya abadi seperti Segalanya Ku...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

  2. 2

    ‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

  3. 3

    Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

  4. 4

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

  5. 5

    Ariff Bahran Kesal Diperlekehkan ‘Otai Konsert’ Isu Ditipu Penganjur?-Saya Mengaku Masih Baru Tapi..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore