Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Insomniacks Tampil Unik Dengan Lagu Nafas Baharu Versi Piano

by Khai Azfar
December 1, 2020
Share on Facebook

Baru sahaja empat bulan melancarkan lagu mereka berjudul Reminisensi, kumpulan Insomniacks kini tampil dengan pembaharuan lagu tersebut dengan versi piano pula.

Jumlah Tontonan Yang Membanggakan 

Lebih membanggakan, jumlah tontonan video lirik Reminisensi di YouTube telah mencecah 1 juta tontonan, manakala versi piano pula kini mencecah lebih 30,000 tontonan biarpun baru dilancarkan seminggu lalu.

Dengan hanya menggunakan petikan piano, sudah tentu lagu ini mempunyai ‘nafas’ baru, lirik lagu ini juga sarat dengan makna yang mendalam.Semestinya, kumpulan yang dianggotai Iqie, Wan Arif Iskandar, Danial Doodye dan Gavin Wong ini mahukan kepuasan dalam berkarya menerusi versi berbeza itu. Daripada pendekatan ini juga, ia membuka mata ramai bahawa terjemahan karya mereka ada warna-warninya.

Pernah Tampil Dalam Versi Piano

Buat peminat setia Insomniacks pastinya menyedari ini bukanlah kali pertama mereka hasilkan versi piano dalam lagu mereka. Terdahulu, mereka pernah tampil dengan versi piano untuk lagu hit berjudul Pulang. Menurut vokalis Insomniacks, Iqie, dia akui trend menambah variasi dalam susunan muzik bukanlah asing dalam kalangan para pengkarya.

“Sudah menjadi tradisi buat band pop-punk untuk melakukan versi ‘stripped down’ terhadap lagu-lagu mereka. Berdasarkan pengamatan kami, ia benar-benar seronok apabila dinikmati oleh penyokong kami.

“Paling penting, semestinya kami sendiri seronok dan mendapat kepuasan dengan menghasilkan versi berbeza ini,” katanya.

Tanpa mengubah secara drastik pada melodinya, Insomniacks berkata penghasilan versi piano ini bukanlah sukar namun mereka akui suntikan elemen emosi harus diutamakan.

“Emosi yang kami tampilkan menerusi vokal tidak banyak berbeza pun dengan versi asalnya. Cuma, versi ini sedikit perlahan dan saya boleh cakap, keharmonian dalam permainan instrumen sebenarnya membuatkan versi itu lebih bermosi.

“Saya rasa, pencarian kod baru untuk dipadankan dengan emosi kami ada sedikit mencabar. Selain itu, prosesnya secara keseluruhan sangat menyeronokkan dan kami sangat gembira dalam studio,” katanya lagi.

Reminisensi versi piano boleh dimuat-turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

[VIDEO] Iqie insomniacks Nyanyi Dangdut Buatkan Peminat Teruja-"Introvert Dia Dah Hilang"

YouTube video

Error happened.
Insomniacks
https://lomp.at/wb9nr
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara