Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Kini Bergelar Penyanyi! Ramai Yang Kagum Dengan Cik B

by Khai Azfar
December 1, 2020
Share on Facebook

Di awal kemunculannya sebelum ini, anak kepada jutawan kosmetik Dato Sri Vida iaitu Cik B sering kali dikecam oleh warganet mengenai fizikalnya.

Tampil Dengan Single Sulung

Namun kini, siapa sangka Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin tampil berbeza dengan terus menempa nama dalam pelbagai bidang sekaligus berjaya membuatkan ramai yang kagum dengannya.

Pada usia muda nya yang menjengah ke 15 tahun, Cik B bukan sahaja telah bergelar usahawan muda dan juga pelakon malah kini turut bergelar sebagai seorang penyanyi.

View this post on Instagram

A post shared by Boss B (@cikb_havoc66)

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Cik B menyatakan dia akan tampil dengan single sulungnya berjudul Tolonglah yang akan dimuatnaik di YouTube hari ini. Difahamkan, lagu tersebut turut mempunyai video muziknya tersendiri.

Terdahulu, Cik B mencuri perhatian sebagai penghias wajah hadapan akhbar Utusan yang mana Cik B tampil dalam sisi yang cukup berbeza dan kelihatan cukup bergaya dalam kelasnya tersendiri. Selain itu, Cik B juga buat pertama kalinya berlakon dalam drama bersiri berjudul Lelaki Lingkungan Cinta yang mana turut dibarisi selebriti popular tanah air seperti Naim Daniel, Ismail Izzani, Shalma Eliana dan ramai lagi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
cik Blagu Cik B
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Sajian Dalam Sungai Cetus Perdebatan, Netizen Bangkitkan Isu Kebersihan Dan Keselamatan Makanan

  2. 2

    Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

  3. 3

    Cara Pindah Kelayakan BUDI Diesel Kepada Ahli Keluarga, Ini Syarat Yang Ramai Tak Tahu

  4. 4

    Tak Ramai Tahu! iBita Pulau Pinang Sedia Bantuan Untuk Pelajar IPT

  5. 5

    Ramai Tak Sangka Kota Bharu Ada Kafe Pencuci Mulut Macam Ini! Daughter Bakes Jadi Port Wajib Singgah Peminat Kek & Pastri Perancis

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara