Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

4 Hal Menarik Yang Terjadi Di Sebalik Pengumuman Kehamilan Kedua Siti Nurhaliza

by Khai Azfar
December 2, 2020
Share on Facebook

Semalam, penyanyi nombor satu tanah air Dato Sri Siti Nurhaliza telah memilih tarikh 1 Disember 2020 itu sebagai tarikh yang cukup bermakna buat dirinya dan keluarga apabila dia mengesahkan mengenai berita kehamilan keduanya yang sudah menjengah usia 4 bulan.

Tunggu Masa Sesuai 

Menerusi artikel Murai.my terdahulu, peminat seperti sudah dapat menjangka pelantun 7 Nasihat ini sedang hamil apatah lagi membuat keputusan untuk berehat daripada kebanyakan acara hiburan. Jelas Siti,dia tidak berniat untuk merahsiakan kehamilannya kerana dia ingin menunggu masa sesuai untuk mengumumkan berita gembira kepada orang ramai.

4 Yang Menarik Di Sebalik Pengumuman Kehamilan Kedua Siti Nurhaliza

Sama seperti ketika menghamilkan anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid beberapa tahun dahulu, pengumuman Siti kali ini turut mencuri perhatian dan dalam masa yang sama mendapat beberapa perkhabaran istimewa. Berikut Murai.my tampilkan sisipan 4 yang menarik di sebalik pengumuman kehamilan kedua penyanyi kesayangan ramai ini.

Umum Ketika 4 Bulan Ikut Saranan Ustaz

Menurut Siti, dia mengambil nasihat seorang ustaz sama seperti menghamilkan Aafiyah dahulu yang mana menasihatinya untuk mencukupkan usia kandungan empat bulan sebelum berkongsi pada umum. Ini kerana pada usia ini dipercayai roh sudah ditiupkan di dalamnya.

Lancar Video Muzik Kuasa Cintamu

Selepas mengumumkan berita kehamilannya di sebelah petang, Siti turut melancarkan video muzik terbaharunya, Kuasa Cintamu yang kini boleh ditonton secara rasmi di platform YouTube.

YouTube video

Menariknya mengenai video muzik ini, ia bukan sahaja memaparkan kisah perjalanan Siti sejak kecil malah turut menampilkan Aafiyah buat pertama kalinya di dalam mana-mana video muzik penyanyi ini. Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton lebih dari 70 ribu tontonan kurang dari 24 jam sejak dimuatnaik.

Netizen Teruja Lihat Senaman Siti Nurhaliza-"Kuat Betul Stamina"

Artis Tempatan Paling Banyak Distrim 2020

Pada hari yang sama, Spotify telah berkongsi Spotify Wrapped 2020 yang mana menyaksikan Siti menjadi artis dengan jumlah penstriman tertinggi sepanjang 2020 sekaligus berjaya mengalahkan K-Clique, Faizal Tahir, YonnyBoii dan Naim Daniel. Untuk rekod, pada tahun 2018 Siti turut mengungguli pencapaian yang sama dan ketika itu sedang menghamilkan anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid.

Lancar Produk Baru

Untuk yang tidak tahu, Siti telah mengumumkan berita kehamilannya ketika pelancaran produk Beausiti X Wonderlab.

Dalam pelancaran itu, Siti turut ditemani suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa. Dalam majlis itu, Siti telah melancarkan produk Beautessence dan Beaunest selain turut melantik Nabila Razali sebagai duta kempen.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
anak kedua siti nurhalizaanak siti nurhalizaDato Sri Siti NurhalizaSiti Nurhaliza Hamil Anak Kedua
https://lomp.at/wu1zi
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

  5. 5

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara