Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Ditayangkan Dalam Versi 4K UHD, AME 2020 Diteruskan Versi Norma Baharu

by Khai Azfar
December 2, 2020
Share on Facebook

Saban tahun, peminat pasti akan ternanti-nantikan Anugerah MeleTOP Era (AME), sebuah anugerah pilihan penonton yang memberikan kuasa sepenuhnya kepada peminat untuk menentukan pemenang bagi kesemua 15 buah kategori utama yang dipertandingkan.

Diadakan Dalam Norma Baharu

Biarpun negara kini sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19, namun bagi tidak mengecewakan peminat, buat pertama kalinya AME 2020 bakal berlangsung mengikut norma baharu berdasarkan ketetapan SOP yang dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tanpa Kehadiran Penonton Dan Kelab Peminat

Masih mengekalkan tema ‘Epik Glam’ dengan tagline ‘Yang Epik, Yang Legend’, AME 2020 bakal disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada hari Ahad, 20 Disember 2020, jam 9.00 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Manakala rakaman acara ‘Karpet Merah AME2020’ yang dibawakan oleh Astro GO pula akan disiarkan jam 8.30 malam pada hari yang sama sebelum siaran malam kemuncak. Acara ini akan dianjurkan tanpa kehadiran penonton mahupun kelab peminat. Bilangan tetamu jemputan juga amat terhad kerana hanya artis yang terlibat secara langsung sahaja akan diundang.

Disiarkan Dalam Versi 4K UHD 

Menariknya mengenai penganjuran kali ini, AME 2020 turut disiarkan dengan format kualiti 4K UHD menerusi saluran khas 780. Sebagai info, AME 2020 sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 21 April 2020.

Namun, perancangan tersebut terpaksa ditunda susulan krisis pandemik COVID-19 yang melanda sejak bulan Mac yang lalu. AME 2020 merupakan penganjuran edisi ketujuh sejak mula diperkenalkan pada tahun 2014.

Error happened.
AME 2020
https://lomp.at/bwxnz
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara