Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Biar Betul! Joe Flizzow Beri Bayangan Kolaborasi Bersama MK & Jay Park?

by Khai Azfar
December 2, 2020
Share on Facebook

Penyanyi rap nombor satu Malaysia, Joe Flizzow semalam berkongsi beberapa naik video-video pendek dalam story Instagram miliknya dengan memaparkan sekumpulan tenaga kerja produksi sedang bersiap untuk penggambaran. Menariknya di sebalik rakaman-rakaman pendek tersebut penyanyi ini turut memaparkan latar beberapa jentera mewah ‘supercar’ berkilat disinari lampu neon.

Joe Beri Bayangan 

Berbusana serba hitam dengan gaya ikonik rap tahun 90-an, Joe juga tampak cukup bergaya mengenakan but kuning Timberland dan pelitup kepala putih ‘durag’ saling tak ubah seperti gaya zaman dahulu. Jika sebelum ini, Joe banyak berkongsi rutin hariannya di gimnasium dan kadangkala berkebun namun perkongsian terbaru nya itu membuatkan pengikut tertanya-tanya adakah Joe sedang menjalani penggambaran iklan komersil ataupun mungkin sedang menjalani penggambaran muzik videonya yang terbaru.

MK K-Clique Turut Kelihatan 

Dalam beberapa siri rakaman video pendek ‘story’ Instagram itu juga, kelihatan kelibat penyanyi rap popular , MK daripada kumpulan K-Clique turut bersama dengan Joe dalam rakaman video pendek tersebut sekaligus memberi petunjuk dua penyanyi rap berbeza generasi ini bakal berkolaborasi.

Menguatkan spekulasi berkenaan, MK memuatnaik ‘screenshot’ video-call dengan Joe dan turut beraksi di hadapan kamera berlatar belakangkan kereta mewah.

Menariknya lagi, pada penghujung siri rakaman video pendek tersebut, Joe memuatnaik single yang akan terbit berjudul ‘CIAO’ bersama MK dan penyanyi rap paling popular Korea, Jay Park. Difahamkan, pihak Joe bakal mengumumkan sesuatu yang ‘besar’ tidak lama lagi.

Error happened.
Jay Parkjoe flizzowjoe flizzow mk k-clique
https://lomp.at/rlkyx
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara