Salman Khan masih dalam siasatan di atas kes memburu haiwan dilindungi, iaitu blackbuck. Kes ini berlaku pada tahun 1998 di mana dia dituduh menembak binatang itu bersama Saif Ali Khan, Sonali Bendre, Neelam dan Tabu.

Walaubagaimanapun, kes tersebut terpaksa ditangguhkan gara-gara pandemik Covid-19. Dipetik dari Zee News, peguam yang mewakili Salman Khan meminta mahkamah untuk memberi pengecualian untuk perbicaraan rayuan terhadap hukuman lima tahun dalam kes pemburuan blackbuck pada tahun 1998.

IKLAN
Pada tahun 1998 Salman dituduh membunuh dua ekor blackbuck yang merupakan haiwan dilindungi.

Peguam itu mengatakan bahawa pelakon itu harus diberikan pengecualian dalam perbicaraan memandangkan peningkatan kes koronavirus di Rajasthan dan bahagian lain di negara ini.

Seperti mana yang diketahui, Salman Khan dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh mahkamah pada 5 April 2018, tetapi dia menentang keputusan itu di Mahkamah Daerah dan meminta penangguhan. Kemudian, Salman diberi jaminan oleh mahkamah dan sekarang perbicaraan berikutnya adalah pada 16 Januari 2021.

Defendan lain dalam kes ini termasuk Saif Ali Khan, Sonali Bendre, Neelam dan Tabu yang telah dibebaskan oleh mahkamah. Namun, pembebasan mereka ditentang oleh kerajaan negeri di mahkamah tinggi. Untuk makluman, pada tahun 1998 Salman dituduh membunuh dua ekor blackbuck yang merupakan haiwan dilindungi.

Jadi Punca Putus Sahabat Dengan Saif Ali Khan

Susulan dari kes tersebut, sebelum ini dalam sebuah wawancara, Salman berkongsi kisah mengenai persahabatan yang gagal. Seperti diketahui bahawa dia dan Saif Ali Khan dilaporkan memutuskan persahabatan yang disyaki kerana kes pemburuan tersebut. Salman mengakui bahawa memerlukan masa yang lebih untuk menemui teman baru.

“Saya memerlukan lebih masa untuk berkawan, jadi semua rakan yang saya ada berumur 20 hingga 30 tahun. Dan semua orang baru yang terus muncul, mereka berada di situ sahaja , tetapi mereka tidaklah sebegitu rapat seperti teman-teman saya sebelumnya, “- kata Salman Khan seperti dipetik oleh DNA.

Dalam satu wawancara berbeza, Saif Ali Khan mengesahkan hubungannya dengan Salman Khan memang tidak sama seperti dahulu. Tapi sampai sekarang, tidak diketahui alasan kedua mereka bergaduh.

“Seiring dengan waktu, ada beberapa perbezaan yang muncul, yang hanya dia dan saya yang tahu”- kata Saif Ali Khan yang dipetik dari International Business Times.