Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

12 Lagu Ke AJL35 Akan Diumumkan 15 Disember Ini

by Khai Azfar
December 3, 2020
Share on Facebook

Setelah menantikan tarikh rasmi bagi hari ketiga Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35), produksi kini mengumumkan ianya akan bersiaran pada hari Selasa, 15 Disember 2020.

12 Lagu Bakal Diumumkan 

Terdahulu, setelah pengumuman Alif Satar di akaun Instagram miliknya bahawa dirinya telah dijangkiti wabak COVID-19, SFMM35 telah ditunda dan seluruh warga kerja serta artis turut menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.Pada hari tersebut juga, penonton akan mengetahui 12 lagu manakah yang akan mara ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang akan diadakan pada tahun hadapan.

“Pematuhan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah keutamaan kami demi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

Warga kerja kami yang merupakan kontak rapat kepada Alif Satar telah pun membuat ujian calitan (swab) di pusat-pusat perubatan kerajaan berhampiran. Warga kerja lainnya juga telah mematuhi arahan Jabatan Sumber Tenaga, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad untuk menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari sebagai langkah berjaga-jaga, walaupun tidak bergejala.

“Oleh itu, sekiranya kami kekal tidak bergejala sehingga tamat tempoh kuarantin kelak, kami dibenarkan untuk kembali bekerja seperti biasa sambil mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan. Kini, proses perancangan semula SFMM35 sedang diperhalusi dan pensanitasi berkala juga dilakukan bagi memastikan kelancaran penyiaran hari ketiga SFMM35 pada 15 Disember kelak.” kata Penerbit Eksekutif Muzik Muzik 35 Separuh Akhir, Puan Nurhul Huda Hj Khalid dalam kenyataan media

Dalam keterujaannya dengan pelangsungan episod ketiga SFMM35, Huda turut menegaskan bahawa pematuhan SOP pada malam tersebut akan semakin diperketat. Hanya artis-artis yang membuat persembahan pada malam tersebut sahaja yang akan hadir bagi memastikan bilangan orang yang berada di studio Sri Pentas 2 itu dapat dikurangkan dan memudahkan penjarakan fizikal.

Sebelum ini, dua hari SFMM35 telah berlangsung pada 20 dan 21 November. Dua lagu telah diangkat sebagai lagu terbaik pada kedua-dua episod tersebut iaitu ‘Hati’ nyanyian Hael Husaini yang juga merupakan ciptaan Hael dan Ezra Kong, serta ‘7 Nasihat’ yang dinyanyikan oleh Shiha Zikir, Kmy Kmo & Luca Sicta, ciptaan Kmy Kmo & Luca Sicta.

Separuh Akhir muzik-muzik
https://lomp.at/ko9md
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Indonesia

PETERPAN Kembali Ke Malaysia Dengan Konsert ‘The Journey Continues’ Pada 11 Julai Ini

by Naddy Joe
April 28, 2026

Selepas mencetuskan fenomena besar di Indonesia menerusi penganjuran “The Journey Continues” oleh Aloka, satu gelombang nostalgia baharu kini bersedia untuk...

Read moreDetails
Lokal

KIIYAS Hadir Dengan ‘Niskala (Diperdaya Psikedelik Cinta)’

by Naddy Joe
May 10, 2026

 Kumpulan rock KIIYAS kembali dengan karya terbaharu mereka berjudul “Niskala (Diperdaya Psikedelik Cinta)”, sebuah single yang menyelami kisah cinta dan...

Read moreDetails
Foto - The Fhase
Musik

“Andai” Dari The Fhase Bawa Kisah Tentang Rindu, Penyesala & Peluang Kedua

by Nurul A.
April 28, 2026

The Fhase kini kembali dengan single kedua mereka berjudul “Andai”. Ianya sebuah karya yang membawa pendengar menyelami emosi rindu, kehilangan...

Read moreDetails
Lokal

Yo Yo Raya Dari The Aura Bawa Peminat Selami Kemeriahan Hari Raya

by Naddy Joe
April 4, 2026

“Yo Yo Raya” membawa pendengar menyelami kemeriahan Hari Raya yang dirasai pelbagai  lapisan masyarakat tidak kira pangkat dan usia. Lagu...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Didie Shazry ‘Remake’ Lagu Mendiang Lotter Versi Baharu ‘Yang Berlalu Tak Berulang’

by Naddy Joe
April 24, 2026

Dalam usaha mengangkat semula karya malar segar ke dimensi baharu, penyanyi muda berbakat - Didie Shazry tampil dengan remake sebuah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  4. 4

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  5. 5

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara