Boleh dikatakan setiap orang memiliki aplikasi WhatsApp dalam telefon pintar mereka. WhatsApp kini dikatakan telah hadir dengan ciri yang terbaru. Adakah anda tertanya-tanya apakah ciri baru yang WhatsApp perkenalkan pada kali ini? Scroll sampai habis okay!

Pengguna WhatsApp boleh menukar wallpaper atau background image. Namun kebiasannya, pengguna hanya boleh memilih satu imej untuk muncul di dalam semua chat rooms.

IKLAN

Menurut The Verge, ciri baru ini yang membenarkan pengguna untuk memilih wallpaper yang berbeza dalam setiap chat room, untuk personal chat mahupun group chat. Bukan itu sahaja, ciri terbaharu ini dapat membantu pengguna daripada tersalah menghantar mesej kepada orang lain kerana menggunakan wallpaper yang sama.

Pengguna juga boleh edit warna dan create image sebelum wallpaper tersebut digunakan. Dalam ciri terbaru ini juga, WhatsApp juga memperkenalkan wallpaper baru dengan options warna yang cerah, gelap, custom wallpaper options, dan variasi warna solid.

Selain daripada itu, pengguna juga boleh membezakan wallpaper untuk tema gelap dan cerah. Ciri baru ini juga dapat sync the system pada telefon pintar supaya apabila pengguna mengaktifkan mod gelap, wallpaper juga akan bertukar kepada mod gelap.

Sekiranya pengguna ingin menggunakan wallpaper yang lama, anda boleh memilih gambar sebelumnya dari kolum Wallpaper Archive.

Selain itu, untuk memuatnaik wallpaper yang berbeza pada setiap WhatsApp chat room, pengguna hanya perlu pergi ke Settings> Chats > Display> Wallpaper atau pilih rakan, klik pada butang Menu di bahagian kanan > Wallpaper.

Selamat mencuba!