Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Peminat Simpati, Gelarkan Da’i Syed Sebagai Zayn Malik Malaysia

by Khai Azfar
December 4, 2020
Share on Facebook

Sejak awal minggu lalu, nama penceramah bebas yang juga pelakon dan penyanyi, Da’i Syed menjadi trending di media sosial berikutan penahanannya atas dakwaan merogol dan mencabul beberapa orang gadis.

Simpati Dengan Da’i Syed

Biarpun begitu, terdapat segelintir peminat Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail, 25 yang berasa simpati dengan penyanyi itu dan tidak menolak dia berkemungkinan telah disihir untuk tujuan tertentu. Malah, semalam Murai.my turut melaporkan #StandWithDaiSyed trending di laman Twitter bagi menyatakan sokongan mereka pada Da’i Syed namun telah dipergunakan oleh peminat K-Pop untuk mempromosikan selebriti Korea kesayangan mereka.

Iras Zayn Malik?

Terbaru, nama penyanyi itu sekali lagi trending bersama-sama dengan penyanyi Hollywood terkenal, Zayn Malik apabila peminat mendakwa wajah Da’i Syed mempunyai iras pelantun Pillowtalk itu. Bagaimanapun, rata-rata pengguna laman itu mengecam tindakan mereka yang membuat perbandingan tersebut kerana beranggapan langsung tidak mempunyai persamaan diantara kedua-dua penyanyi itu.

Dalam perkembangan terkini,Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya juga percaya kemungkinan ada pertambahan laporan polis berhubung kes terbabit.

“Siasatan masih berjalan, setakat ini dua daerah terima laporan polis berhubung tindak laku pendakwah terbabit. Polis akan menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang.

“Jumlah laporan terkini kira-kira empat hingga lima, jadi kita menyeru pada mangsa-mangsa agar tampil ke hadapan sekiranya mereka mangsa kepada pendakwah ini,” katanya.

Beliau berkata, semua laporan yang dibuat mangsa akan disiasat dan dikumpulkan dari pelbagai sudut, termasuk bagaimana perkenalan mereka juga medium apa yang digunakan.

“Kalau siasatan lengkap, kita akan ambil tindakan. Kita akan kemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan fakta-fakta dan bukti, sama ada boleh dakwa atau tidak, keputusan itu terpulang kepada pihak pendakwaan,” katanya seperti yang dipetik dari BERITA HARIAN.

Ketika ditanya mengapa kebanyakan mangsa mengambil masa lama untuk membuat laporan polis katanya, berkemungkinan mangsa malu kerana ia membabitkan maruah diri.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Dai Syed
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara