Isu melibatkan penceramah selebriti yang juga penyanyi muda atas dakwaan melakukan beberapa jenayah seksual terus hangat diperkatakan. Terbaru, media tempatan melaporkan pihak polis telah menerima sebanyak 8 laporan melibatkan individu itu.

2 Laporan Tiada Tindakan Lanjut 

Memetik laporan BERNAMA, suspek kini dalam tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata dua daripada laporan polis yang diterima itu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

IKLAN

“Empat laporan diterima di Shah Alam, sementara dua lagi di Petaling Jaya, manakala dua yang diklasifikasikan sebagai NFA ialah masing-masing satu di Shah Alam dan Subang Jaya,” katanya

Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan menerima dua laporan berkaitan suspek membabitkan kes rogol dan cabul serta seks luar tabii.

Polis Petaling Jaya Mohon Reman

Difahamkan polis Petaling Jaya akan membuat permohonan reman terhadap suspek hari ini bagi membantu siasatan berkaitan dua lagi laporan polis yang diterima. Terdahulu, penceramah selebriti itu yang dikenali ramai menerusi sebuah program realiti telah ditahan pada 26 November lalu susulan laporan polis yang dibuat di IPD Shah Alam dan dia dikenakan tahanan reman selama lima hari bermula sehari selepas itu itu lalu membantu siasatan.

Tidak lama kemudian, perintah reman itu dilanjutkan lima hari lagi bermula 2 Disember hingga semalam selepas seorang lagi mangsa membuat laporan polis di IPD berkenaan.

Terdahulu, Murai.my melaporkan terdapat pendedahan daripada seorang netizen yang mana mendedahkan terdapat ramai gadis telah menjadi mangsa kepada suspek.Dalam pendedahannya, netizen itu mendakwa rakan baiknya telah menjadi mangsa rogol penceramah iti sehingga membuatkan mangsa menjadi trauma.