Tahun ini hampir melabuhkan tirainya dan ditambah pula dengan sambutan perayaan hari krismas yang bakal tiba. Pasti ramai yang sudah memikirkan apa hadiah yang boleh diberikan. Anda hanya perlu berfikir di luar kotak dan lebih kreatif bagi menunjukkan betapa anda menyanyangi keluarga dan sahabat anda.

Di sini, kami akan berkongsi dengan anda beberapa idea yang sangat berbaloi dan anda tidak perlu bimbang tentang perbelanjaannya dan ada diantaranya anda boleh lakukannya sendiri. Ianya bukan sahaja akan mengejutkan si penerima malahan akan menjadi kenangan yang terindah.

Jom kita tengok idea menarik ini.

IKLAN

Skrub Badan

via lostgenygirl.com

Idea ini sangat sesuai untuk keluarga atau sahabat anda yang sering berhadapan dengan situasi yang tertekan, maka mereka hanya perlu banyak berehat. Namun, masa untuk pergi ke spa atau berurut  juga sangat terhad. Jadi, ini adalah masa yang sesuai untuk anda lakukan sendiri skrub badan lemon aromatik yang boleh mengurangkan tahap tekanan orang yang anda sayangi.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah minyak zaitun, jus lemon, madu dan gula. Caranya sangat mudah, anda hanya perlu campurkan kesemua bahan dan kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas kaca yang cantik dan hiaskan penutup botol dengan balutan yang menarik. Siap!

Terrarium

via juicykit.com

Terrarium adalah taman kecil yang biasanya akan dihias di dalam bekas kaca yang telus. Ia akan menjadi hadiah yang hebat untuk pencinta alam semulajadi. Anda juga boleh menggunakan succulents yang boleh berakar pada mana-mana suhu, tanah atau kelembapan.

Hamper Coklat

via flowegravesend.co.uk

Ini adalah peluang untuk anda tunjukkan kreativiti dengan mengubah hamper ‘custom made’ anda sendiri. Ia bukan sahaja menjimatkan malahan anda boleh memilih sendiri apa yang mahu dihadiahkan mengikut bajet anda sendiri. Janji ikhlas dan si penerima juga suka.

Barangan Kosmetik

via pinterest

Barangan kosmetik atau alat solek pastinya akan menjadi pemberian yang paling disukai terutama sekali kepada kaum wanita. Kini terdapat banyak produk yang mula membuat promosi hujung tahun dan sempena sambutan hari krismas.

Tidak salah sekiranya anda berbelanja lebih sedikit buat orang yang anda sayang, yang penting anda dapat membahagiakan mereka. Anda juga boleh meletakkan barangan yang lain seperti wangi-wangian.

Baucer Hadiah

via blogspot.com

Terdapat banyak pusat beli belah yang menawarkan baucer hadiah. Salah satunya adalah Aeon Jusco, Starbucks, Cotton On dan banyak lagi. Anda hanya perlu mengunjungi premis tersebut, dan beli baucer mengikut bajet anda sendiri.

Menarik bukan? Bukan sahaja jimat tetapi juga sangat menarik. Semoga pemberian anda lebih bermakna buat mereka yang disayangi serta menjadi kenangan yang terindah. Selamat mencuba!