Monday, January 30, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

2 Fakta Permusuhan Aishwarya Rai & Rani Mukerji, Salman Khan Jadi Punca?

by Phic ARMAN
December 8, 2020
290
KONGSIAN
Share on Facebook

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa Aishwarya Rai dan Rani Mukerji pernah menjadi berkawan rapat. Mereka jarang berlakon dalam filem bersama, kecuali ketika Aishwarya Rai membuat cameo dalam filem Rani Mukerji dan Abhishek Bachchan, Bunty Aur Babli.

Namun siapa sangka, persahabatan mereka berdua tidak berpanjangan. Berikut dua hal yang penyebab mereka tidak seakrab dulu seperti yang dilaporkan oleh IBTIMES.

Rani Mukerji Gantikan Tempat Aishwarya Rai

Foto: The National

Masalahnya bermula ketika Aishwarya Rai menjadi pelakon utama dalam filem hits Shah Rukh Khan, Chalte Chalte. Pada masa itu Aishwarya Rai baru saja putus cinta dengan Salman Khan. Namun Salman tidak menerima bahawa hubungan mereka putus begitu saja. Salman Khan mengganggu proses penggambaran sehingga Aishwarya Rai terpaksa pergi meninggalkan lokasi.

Nak tahu siapa yang menjadi pengganti? Rani Mukerji. Ya, Aishwarya Rai marah kerana Rani bersetuju untuk menggantikannya.

Rani tidak pernah membincangkannya dengan Aishwarya yang merupakan kawan baiknya ketika itu. Ini sangat menyakitkan hati Aishwarya Rai sehingga dia tidak bercakap dengan Rani. Sejak itu hubungan mereka menjadi dingin.

Rumor Rani Mukerji Pernah Dating Dengan Abhishek Bachchan

Foto: The Tribune India

Rani Mukerji dan Abhishek Bachchan pernah berlakon dalam filem bersama. Bukan dalam filem saja, ada gosip yang tersebar mengatakan Rani dan Abhishek juga mesra di dunia nyata. Tetapi seperti diketahui umum, Abhishek Bachchan sangat menyayangi Aishwarya Rai dan akhirnya berkahwin.

Sungguh mengejutkan apabila Rani Mukerji tidak diundang ke majlis perkahwinan Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan. Rani kecewa.

Kepada Cosmopolitan, dia berkata, “Tidak menjadi masalah. Sudah menjadi jelas bahawa kita bukan teman sejati, dan hanya kawan artis. Mengundang seseorang ke majlis perkahwinan adalah sesuatu yang peribadi. Besok apabila saya berkahwin, saya akan benar-benar memilih siapa yang akan diundang. “

Kemudian, ketika Rani berkahwin dengan Aditya Chopra, dia  memilih untuk tidak menjemput Abhishek Bachchan dan Aishwarya Rai.

Tetapi nampaknya hubungan mereka bertambah baik. Kerana pada tahun 2017 ketika bapa Aishwarya Rai meninggal, Rani Mukerji datang ke pengebumiannya.

Jadi adakah Aishwarya Rai dan Rani Mukerji benar-benar sudah berdamai!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Aishwarya RaiChalte Chalterani mukerjishah rukh khan
Share116Tweet73SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama
Bollywood

Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

by Phic ARMAN
January 26, 2023
Akhirnya Shah Rukh Khan Dedah Siapa Teman Wanita Pertamanya Kepada Umum
Bollywood

Akhirnya Shah Rukh Khan Dedah Siapa Teman Wanita Pertamanya Kepada Umum

by Aphit J.
January 15, 2023
Dikatakan Menghina Agama Hindu, Klip Video Shah Rukh Khan Undang Protes Warga India
Bollywood

Dikatakan Menghina Agama Hindu, Klip Video Shah Rukh Khan Undang Protes Warga India

by Aphit J.
January 8, 2023
Anak Shah Rukh Khan ‘Dating’ Dengan Nora Fatehi? Peminat Puji- “Good Taste”
Bollywood

Anak Shah Rukh Khan ‘Dating’ Dengan Nora Fatehi? Peminat Puji- “Good Taste”

by Zaidin Albert
January 4, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Baru Pelakon Transformers, Shia LaBeouf Jadi Bualan Netizen

  2. 2

    “Bukan Kali Pertama Buat Umrah” – Maria Balas Teguran Netizen Isu Pemakaian Stokin Ketika Umrah

  3. 3

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  4. 4

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  5. 5

    Janna Nick Pertahan Diri, Komen Fahrin Ahmad Curi Perhatian!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan