Aktres VJ Chithra Ditemui Mati Tergantung Selepas Balik Dari ‘Shooting’

Mesti Baca

Pelakon TV Tamil VJ Chithra telah mati kerana membunuh diri pada usia 28 tahun. VJ Chithra terkenal kerana memainkan watak sebagai Mullai dalam sebuah rancangan  popular berjudul Pandian Stores. Menurut laporan media, pelakon itu ditemui tergantung di sebuah bilik hotel lima bintang di Nazarethpettai, India.

Dipetik dari INDIATVNEWS, dikatakan bahawa VJ Chithra baru sahaja selesai membuat penggambaran di ibu kota dan telah kembali ke bilik hotelnya pada pukul 2.30 pagi waktu tempatan hari ini. Dia tinggal bersama tunangnya Hemanth yang merupakan ahli perniagaan.

VJ Chithra telah bekerja sebagai penyampai TV di pelbagai saluran dalam industri Tamil. Pelakon ini telah memiliki peminat yang besar melalui peranannya sebagai Mullai dalam rancangan Pandian Stores.

Ada sumber mengatakan bahawa VJ Chithra telah membunuh diri kerana mengalami kemurungan. Kematiannya telah membuatkan peminatnya berduka. Laman media sosial dipenuhi ucapan dari peminatnya dan meratapi kehilangan artis kesayangan mereka.

Terkini

Cantiknya! 5 Selebriti Tanahair Ini Muatnaik Gambar Bertudung Menyambut Ramadan

Bulan yang dinantikannya dalam setahun akhirnya telah tiba. Bulan Ramadhan yang dipercaya penuh keberkatan ini juga akan memberikan keajaiban...

Artikel Berkaitan