Pernahkah anda tahu bahawa pernah ketika dahulu jenama terkenal di dunia pernah mengeluarkan beberapa produk yang langsung tidak berkait dengan jenama mereka sendiri. Berikut adalah 5 senarai yang telah dihasilkan oleh jenama terkenal menurut HubSpot.com.

1Pelindung Matahari KFC

via Fortune

KFC juga pernah menghasilkan krim pelindung matahari SPF30 untuk kegunaan pembeli. Untuk pengetahuan, pemakai yang memakainya akan mendapati bahagian yang disapukan krim tersebut akan berbau bak ayam goreng KFC.

IKLAN

2Makanan Sejuk Beku Colgate

via Museum of Failure

Menurut HubSpot.com, Colgate pernah melancarkan siri makanan sejuk beku yang dinamakan sebagai Colgate Kitchen Entrees pada tahun 1982. Produk seperti lasagna daging dan salad dijual dalam kotak yang memaparkan logo Colgate secara besar-besaran.

3Lilin Keluaran KFC

via The Insider

Suatu ketika dahulu KFC di United Kingdom pernah melancarkan lilin yang mempunyai aroma kuah kentang putar. Menariknya bau lilin tersebut sama seperti bau kuah kentang putar dan pengeluaranya terhad kepada 230 sahaja.

4Telefon Jenama ESPN

via Auction Zip

Bagi peminat sukan, ESPN menjadi antara sumber utama untuk mendapatkan laporan terkini berkaitan sukan. ESPN melancarkan Mobile ESPN, sebuah peranti telefon yang akan menghubungkan terus peminat dengan pelayar kendalian mereka, bagi memastikan semua informasi diterima cepat.

5Siri Fesyen Big Mac

via Pinterest

Menurut HubSpot.com, McDonald’s di Sweden pernah melancarkan siri fesyen berorientasikan burger Big Mac. Ini termasuklah baju T, seluar, baju hujan, cadar dan but dihiasi ilustrasi Big Mac berulang.

Jadi tidak hairanlah sekiranya syarikat di Malaysia juga ada mengeluarkan barangan yang pelik dan lain dari kebiasaan. Mungkin ini salah satu stategi baru bagi memperluaskan lagi jenama syarikat mereka.