Hos rancangan The Ellen Degeneres Show, Ellen Degeneres telah mengumumkan bahawa beliau didapati positif COVID-19. Berita sedih itu dimaklumkan menerusi posting beliau dalam laman Twitter pada pagi Khamis 10 Disember.
Ellen Degeneres Umum Positif COVID-19
“Hai semua, saya ingin memberitahu anda semua bahawa saya didapati positif COVID-19. Saya berasa baik sekarang. Sesiapa sahaja yang mempunyai kontak rapat dengan telah diberitahu, dan saya mengikuti semua garis panduan CDC dengan betul. Saya akan berjumpa anda semua lagi selepas cuti. Please stay healthy and safe.”- Ellen Degeneres
Produksi Dihentikan Sehingga Januari
Menurut CNN, program The Ellen Show akan dihentikan seketika sehingga Januari 2021, dan episod ulangan disiarkan sehingga waktu itu. Ketika COVID-19 melanda pada bulan Mac, Degeneres beralih kepada rakaman tanpa penonton di studio seperti rancangan bual bicara yang lain.
Selain Ellen Degeneres, terdapat selebriti lain juga yang pernah didapati positif COVID-19, seperti Tom Hanks dan isterinya Rita Wilson, Idris Elba, Kristofer Hivju, Rachel Matthews, dan Daniel Dae Kim.
Please stay safe guys!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.