Tidak lama lagi tahun 2020 akan melabuhkan tirainya yang penuh dengan pelbagai kenangan pahit manis yang tersendiri tatkala dunia masih dilanda wabak pandemik COVID-19. Sewaktu ramai yang bekerja di rumah atau duduk di rumah bagi mencegah jangkitan wabak ini, drama Korea semestinya menjadi pilihan ramai untuk mengisi waktu lapang mereka. Berikut adalah 10 drama Korea terbaik sepanjang 2020. Stay tune guys!

1Itaewon Class

Drama yang menampilkan Park Seo Joon, Kim Da Mi, dan Kwon Nara, menjadi topik perbualan umum di seluruh dunia yang menontonnya. Mengambil tema besar mengenai perniagaan dalam dunia food & beverages, dan diselitkan sedikit unsur romantik di dalamnya. Selain itu, watak Park Seo Joon sebagai Park Sae Ro Yi berjaya memikat penonton kerana perjalanannya, pemikirannya, falsafahnya, kesungguhannya sangat ‘hidup’ dari awal sehinggalah ke akhir episod.

IKLAN

2The World Of The Married

Drama ini berjaya menimbulkan kemarahan dalam diri semua orang kerana jalan ceritanya yang membuatkan semua orang tidak dapat menahan emosi sewaktu menontonnya.  The World Of The Married juga telah memperoleh anugerah Baeksang Arts Awards for Best TV Director dan juga Baeksang Arts Awards for Best Leading Actress in TV. 

Drama ini mengisahkan Ji Sun-Woo (Kim Hee-Ae) adalah doktor perubatan keluarga dan associate director di Family Love Hospital.  Beliau berkahwin dengan Lee Tae-Oh ( Park Hae-Joon), dan mempunyai seorang anak lelaki iaitu Lee Joon-Young (Jeon Jin-Seo). Sun-Woo kelihatan memiliki segalanya dari kerjaya yang berjaya hinggalah keluarga bahagia, tetapi tanpa disedari olehnya, beliau dikhianati oleh suaminya dan rakan-rakannya sendiri.

3Start-Up

Tiada yang sangka bahawa drama Start-Up ini boleh menjadi tular sehingga peringkat antarabangsa. Drama yang ditayangkan di Netflix ini juga menampilkan cinta tiga segi antara watak utama iaitu Suzy, Nam Joo Hyuk, dan Kim Seon Ho. Selain itu, daya tarikan setiap pelakon dan juga pelakon yang terlibat menjadi sebab mengapa drama ini sangat digemari oleh orang ramai kerana ianya saling melengkapi antara satu sama lain.

4Flower Of Evil

Drama kedua yang menyatukan Lee Joon Gi dan Moon Chae Won tidak kurang hebatnya. Drama ini juga tersenarai dalam 13 Drama Korea Terbaik oleh Majalah Forbes. Drama yang bergenre romantic crime thriller ini mengisahkan mengenai emotionless psychopath (Lee Joon Gi) yang mengubah identitinya dan cuba meninggalkan masa lalunya yang gelap dan mengahwini seorang detektif (Moon Chae Won) yang cuba untuk mengungkap kebenaran tentang dirinya.

5Record Of Youth

Gambaran terperinci mengenai industri hiburan Korea Selatan ditunjukkan menerusi drama Record of Youth ini. Drama ini juga projek terakhir Park Bo Gum sebelum mendaftarkan diri dalam ketenteraan. Record of Youth menampilkan Park Bo Gum sebagai seorang model yang berusaha untuk mengejar impiannya unruk berjaya. Kemudian, beliau bertemu dengan seorang makeup artist berbakat bernama Ahn Jeong Ha (Park Seo Dam) yang mula bekerja di salon kecantikan di Cheongdam-dong setelah berhenti kerja di pejabat.

6It’s Okay Not To Be Okay

Drama yang dibintangi oleh Kim Soo Hyun dan Seo Ye Ji ini selain watak utama mempunyai visual yang menakjubkan, drama ini juga menceritakan mengenai masalah mental yang jarang dibahaskan dalam masyarakat.

Drama ini menceritakan tentang autisme dan mental scars yang dihasilkan oleh early trauma. Penampilan Oh Jung Se sebagai penghidap autisme telah dinobatkan sebagai salah satu watak terbaik pada tahun 2020 oleh majalah Forbes.

IKLAN

7Crash Landing On You

Antara Drama yang wajib disenarai sebagai drama terbaik 2020 sudah tentulah drama Crash Landing On You. Drama yang berjaya menarik perhatian ramai kerana menyatukan Hyun Bin dan Son Ye Jin. Mengisahkan mengenai cinta terlarang antara tentera Korea Utara dan anak konglomerat dari Korea Selatan. Drama ini juga menceritakan beberapa perkara menarik mengenai kehidupan seharian orang Korea Utara.

8Kingdom Musim 2

Kisah siri Netflix Kingdom yang ditayangkan pada tahun 2019 akhirnya dilanjutkan pada tahun 2020. Kingdom Musim 2 ini memaparkan latar belakang kerajaan Korea yang dilanda wabak penyakit dan mampu mengubah semua orang menjadi zombie. Drama ini juga dibintangi oleh Joo Ji Hoon yang berperanan sebagai Putera Lee Gon yang berusaha untuk menyelamatkan negaranya dari pencerobohan zombie dan rasuah di istana.

9The Good Detective

Drama The Good Detective ini mengisahkan tentang detektif yang berusaha untuk menangkap penjenayah, yang mana menyembunyikan kebenaran yang buruk. Kang Do-Chang (Son Hyun-Joo) telah bekerja sebagai detektif selama 18 tahun dilahirkan dan dibesarkan di Incheon. Beliau menyiasat kes menggunakan pengalaman dan personal connection, menggunakan teknik saintifik, atau kekuatan akal.

Oh Ji-Hyeok (Jang Seung-Jo) adalah seorang detektif elit dan mempunyai pengalaman selama 9 tahun. Tidak seperti Kang Do-Chang, beliau menyiasat kes menggunakan bukti dan pandangan mengenai penjenayah. Disebabkan trauma sejak kecil, beliau tidak mahu berkongsi mengenai perasannya.

10Kairos

Drama thriller paranormal ini menceritakan dua orang yang hidup pada masa yang berbeza tiba-tiba berkomunikasi antara satu sama lain untuk menyelesaikan kes. Dibintangi oleh Shin Sung Rok, Lee Se Young, Ahn Bo Hyun, menjadikan drama ini antara drama Korea terbaik menurut Forbes.  Shin Sung Rok yang memegang watak sebagai seorang ahli perniagaan yang tidak berhati perut yang mana anaknya telah diculik. Lee Se Young berperanan sebagai seorang wanita yang kehilangan ibunya.

Drama Korea manakah yang menjadi pilihan anda sepanjang tahun 2020?