Ramai orang mengatakan bahawa untuk mencari pekerjaan yang baru bukanlah perkara yang mudah, apalagi dengan situasi yang melanda dunia sekarang ini. Bila sudah mendapat pekerjaan di tempat baru, kita juga harus bersedia untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana baru di tempat kerja. Sama ada dari segi persekitaran, teman sekerja, beban kerja, persaingan dan senior atau pihak atasan yang selalu suka memberi arahan. Hanya kerana dia telah bekerja lebih lama atau berpangkat lebih tinggi dari anda, itu tidak bermakna anda harus mematuhi segala arahan dan suruhannya.

Kami ada beberapa sebab yang boleh diterima akal mengapa anda tidak perlu mematuhi semua perintah senior anda di tempat kerja. Jom kita tengok!

IKLAN

Anda Hanya Perlu Patuhi Perkara Yang Sepatutnya Sahaja

via qmfinancial.com

Anda sebenarnya tidak perlu mengikut kesemua arahan dari senior atau pihak atasan, tetapi jika anda menganggap apa yang disuruh itu adalah wajar dan baik untuk anda maka tidak ada salahnya untuk ianya dipatuhi. Namun, anda harus menerapkan batasan agar ia tidak mengganggu prestasi kerja anda dan ada masih boleh bekerja sama dengan baik.

Anda Seperti Mudah Untuk Dipergunakan

via bobobox.co.id

Sebab kedua mengapa anda tidak mematuhi kesemua arahan dari pihak atasan adalah kerana jika anda sentiasa dan terlalu patuh maka mereka akan berfikir bahawa anda adalah seseorang yang boleh dipergunakan. Ini adalah kerana anda tidak pernah menolak dan tidak juga berusaha untuk bersikap lebih tegas, maka dia akan menganggap bahawa segala tindakan dan arahannya adalah betul. Padahal sebenarnya, dia tidak berhak untuk memberi arahan kerana dia bukanlah majikan ataupun Boss anda.

Dia Hanya Senior Tapi Bukan Majikan, Jadi Anda Tidak Perlu Takut.

via digstraksi.com

Maka alasan yang ketiga ialah pada dasarnya dia bukanlah majikan anda malahan dia hanyalah senior atau pihak atasan dan bukan yang membayar gaji anda, maka anda sama sekali tidak perlu takut untuk tidak mematuhi segala arahannya jika anda merasakan ianya adalah tidak wajar dan melampau. Oleh itu, anda jangan hanya diam jika disuruh, adalah sesuatu yang lebih baik jika anda dapat mengubah sikapnya dan berhenti dari terus menerus membuli anda. Anda sememangnya boleh memberi kerja sama yang baik jika apa yang disuruh itu tidak melampaui apa yang sepatutnya dan mereka tahu menilai kerja anda dengan baik.

Tidak Semua Senior Itu Baik, Jadi Anda Harus Berhati-Hati

via buzzorange.com

Dunia pekerjaan itu sebenarnya sukar, berat dan kejam, anda harus sedar bahawa bukan semua senior di tempat kerja itu adalah baik. Jadi anda tidak perlu terlalu menurut apa sahaja kehendak mereka. Anda mesti tahu menjaga diri di tempat kerja dan sentiasa berhati-hati terutamanya bagi mereka yang merasakan diri mereka seperti majikan atau Boss anda sebenarnya. Mereka juga mungkin menggunakan anda untuk kepentingan dan keuntungan peribadi mereka.

Anda Harus Ada Pendirian Diri Agar Mereka Menghargai Anda Dan Tidak Hanya Memerintah Anda

via kompas

Untuk alasan yang terakhir adalah anda harus mempunyai pendirian anda sendiri sehingga mereka dapat menghormati anda sebagaimana anda menghormati arahan mereka. Jangan hanya mematuhi semua arahan mereka, anda harus lebih tegas dan menunjukkan sikap bahawa walaupun anda hanya pekerja bawahan atau junior yang boleh digunakan, anda juga punya harga diri. Jangan sampai perkara ini memberi lebih banyak tekanan kepada anda dan menjadi beban untuk kerja anda di masa akan datang.

Inilah antara sebab-sebab yang anda tidak perlu hanya ikut semua arahan senior di tempat kerja. Walau bagaimanapun, anda masih boleh melakukannya jika ianya masih wajar untuk dituruti. Elakkan dari diri anda sentiasa menjadi orang suruhan yang mudah untuk mereka gunakan. Anda sendiri perlu tahu menilai batasan yang sepatutnya anda lakukan.