Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Kaki Hampir Dipotong, Haziq Kongsi Kisah Dalam ‘Kembali Tersenyum’

by Khai Azfar
December 14, 2020
Share on Facebook

Siapa sangka, kemalangan yang yang berlaku pada tahun 2019 hampir mengakibatkan sebelah kaki Haziq dipotong. Namun berkat doa ahli keluarga dan kekuatan dirinya, Haziq atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Bin Hasbullah, 20 kini telah pulih dan kembali mewarnai industri muzik tanah air.

Haziq Pendam Hasrat 

Sebelum ini,Haziq yang juga anak sulung kepada penyanyi kumpulan EVA, Linda memendam hasrat untuk kembali aktif setelah melalui fasa kehidupan yang kelam. Tragedi kemalangan yang berlaku ternyata menimbulkan rasa keinsafan dalam diri Haziq dan bersyukur akan nikmat yang Allah kurniakan.

“Alhamdulillah, kerana Allah makbulkan doa saya dan mama, saya amat takut waktu itu bila dapat tahu bahawa kaki saya akan di potong, saya bersyukur kerana ada mama yang kuat dan berusaha menghalang dari kaki saya dipotong, jika tidak saya tak tahu apa nasib saya sekarang” kata Haziq

Menurut Linda pula, sebelum ini dia pernah diminta oleh pihak hospital untuk memberi kebenaran memotong kaki anaknya itu namun dia tidak meneruskannya dan menganggap apa yang terjadi sebagai keajaiban.

“Ya memang pihak hospital minta saya sign borang kebenaran untuk potong kaki haziq, tetapi saya sempat melakukan solat hajat dan mohon keajaiban dari Allah agar ada jalan lain dan kaki anak saya tak dipotong, syukur kerana Allah bagi kekuatan pada saya setelah itu untuk menghalang dari kaki Haziq di potong”

“sebagai ibu saya tak sanggup tengok anak saya begitu,air mata tak henti mengalir, dan saya tak putus berdoa setiap kali lepas solat supaya Allah sembuh kan Haziq. Tambahan pula dia terlalu muda. Dan saya selalu ingatkan Haziq, hanya semangat dan kekuatan dalaman beliau sendiri yang dapat bantu dia untuk sembuh, selain jangan putus berdoa” kata Linda pula

Haziq Kembali Tersenyum

Sebagai permulaan baharu, Haziq yang sebelum ini hampir putus harapan kini muncul dengan single terbaharu berjudul Kembali Tersenyum. Kembali menyanyi dan berada atas pentas merupakan salah satu dari doa penyanyi ini sewaktu terlantar kesedihan.

“Syukur Alhamdulillah, berkat doa Mama dan kerana dorongan dan semangat yang beliau berikan setiap hari, kini saya mampu berdiri dan berjalan. Dan saya mampu untuk meneruskan kerjaya saya sebagai anak seni. Terima masih mama. Haziq sayang Mama” luah penyanyi ini

Meskipun Haziq sudah bergerak secara solo dan tidak lagi bersama Putera Band, lagu ini merupakan genre muzik yang memang sudah lama dia impikan. Menariknya lagi, Kembali Tersenyum merupakan ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer, Haqiem Rusli.

“Kalau sebelum ini bersama Putera Band saya tidak bebas untuk memilih apa yang saya mahukan, tetapi kali ini saya dapat muzik yang saya suka. Terima kasih kepada Haqiem Rusli kerana buat lagu yang best untuk saya”

“Lagu dan Lirik dalam lagu ini memang saya minta Haqiem buat tentang kisah saya, di mana sewaktu saya terlantar tidak berdaya lagi untuk berdiri, saya Terpaksa singkirkan orang yang saya sayang, kerana saya tak mahu dia terbeban dan rasa malu dengan keadaan saya yang sudah tidak boleh berjalan waktu itu, dan saya luahkan juga kisah itu di dalam muzik video Kembali Tersenyum”

“Actually mama yang tolong sampaikan hajat saya pada FMC dan Haqiem agar Haqiem dapat ciptakan sebuah lagu dan lirik yang berkisahkan tentang saya, terima kasih Haqiem sudi buat lagu untuk saya”

“Saya amat berharap single solo saya ini dapat mengubat segala kesedihan yang saya lalui, bukan sahaja tentang kemalangan itu, tetapi juga tentang kisah insan yang saya sayang. Saya telah mengasari insan itu hanya kerana kecewa dengan keadaan diri saya. Moga peminat terus setia bersama saya dan menyokong lagu ini dan kerjaya saya”.
tambahnya lagi

Haqiem Lihat Potensi Haziq

Menurut Haqiem pula, dia bersetuju untuk membuat lagu ini kerana melihat potensi yang ada pada sahabatnya itu. Malah, Haqiem berasa lebih berminat kerana ianya ditulis berdasarkan kisah benar.

“Apa yang membuatkan saya setuju buat lagu untuk Haziq ialah kerana saya boleh lihat potensi yang ada pada diri beliau untuk terus berjaya bila dia bergerak secara solo. Tambahan pula bila saya diminta tulis lirik lagu yang berkisar tentang kisah benar yang dia lalui, itu lebih buat saya berminat untuk tulis dan cipta lagu ini – kembali tersenyum” kongsi Haqiem

Single solo pertama Haziq ini telah pun dilancarkan di semua saluran muzik digital dan muzik video turut dilancarkan serentak di saluran youtube FMC MUSIC pada 11h Disember 2020

YouTube video

haziq puteraband
https://lomp.at/lafnx
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Rocketfuel Entertainment Dominasi Muzik Raya Dengan Deretan Pelancaran Single

by Naddy Joe
April 16, 2026

Rocketfuel Entertainment meraikan Aidilfitri tahun ini dengan penuh warna-warni menerusi inisiatif istimewa “Macam Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment”, yang menghimpunkan...

Read moreDetails
Lokal

Exists Hadir Dengan Konsert Memento Mori 1 Ogos Ini Di Unifi Arena Kuala Lumpur

by Naddy Joe
April 25, 2026

Diam Exists umpama DIAMMU GUNUNG BERAPI. Maka meminjam semangat kewujudan Exists yang bertahan sejak 35 tahun silam, sebuah konsert dengan...

Read moreDetails
Foto - MXI
Musik

“Di Sebalik” Kolaborasi Teristimewa MXI & Sam Bunkface

by Nurul A.
April 11, 2026

MXI melancarkan album keduanya yang berkonsepkan “Featuring Album” dengan melancarkan Single “Di Sebalik” yang menampilkan Sam Bunkface sebagai teman kolaborasinya....

Read moreDetails
Lokal

Yo Yo Raya Dari The Aura Bawa Peminat Selami Kemeriahan Hari Raya

by Naddy Joe
April 4, 2026

“Yo Yo Raya” membawa pendengar menyelami kemeriahan Hari Raya yang dirasai pelbagai  lapisan masyarakat tidak kira pangkat dan usia. Lagu...

Read moreDetails
Lokal

Pitahati Kembali Dengan ‘Inchek Karma!’

by Naddy Joe
April 23, 2026

Band alternatif tempatan, Pitahati, kembali dengan single terbaharu mereka berjudul “Inchek Karma!”, yang bakal dilancarkan pada 24 April 2026 di bawah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  4. 4

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara