Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Nadia Brian ‘Kantoi’ Bermalam Dengan Lelaki Lain? Ini Pendedahan Suaminya, Muizz

by Zaidin Albert
December 15, 2020
528
KONGSIAN
Share on Facebook

Suami kepada pelakon Nadia Brian, Muizz Nasruddin telah mendedahkan sebab dia nekad mahu ceraikan isterinya. Dalam satu kenyataan yang telah dibuat oleh nya di Harian Metro, Muizz berkata isteri berlaku curang. Malah dia mengaku akan menjadi suami yang dayus jika tidak menceraikan isterinya.

Foto: Instagram @muizznasruddin

“Saya nekad dengan keputusan ini kerana kecurangan yang dilakukan isteri, amat sukar untuk saya maafkan. Jika saya tak ceraikan dia, saya menjadi suami yang dayus. Moga Allah lembutkan hati saya untuk maafkan perbuatannya,” katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya lagi, Muizz memaklumkan bahawa dia memiliki bukti-bukti yang kukuh namun menyerahkan kes ini kepada polis untuk membuat siasatan. Lebih mengejutkan, Muizz juga mempunyai bukti bahawa isterinya pernah menginap berdua bersama lelaki selama dua malam.

Foto: Intagram @nadiabrian

“Ada juga bukti dan keterangan lain daripada pihak saya untuk membuktikan mereka berdua menginap di situ selama dua malam. Saya sendiri nampak isteri saya bersama seorang lelaki di bilik hotel di Cyberjaya,”- tegasnya

Muizz yakin jika siasatan selesai, lelaki yang bersama dengan isterinya akan disabit kesalahan dan boleh dituduh di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah.

Sementara itu, Muizz menepis dakwan Nadia Brian yang mengatakan dia membuat fitnah kerana apa yang jadi berlaku depan matanya sendiri.

“Kenapa saya nak fitnah isteri sendiri? Kami baru berkahwin tak sampai setahun. Apa yang saya peroleh dari semua ini? Saya ada bukti yang secukupnya. Apa yang paling penting saya nampak dengan mata kepala saya sendiri,” katanya.

Seperti mana yang diketahui, Nadia dan Muizz berkahwin pada 9 November 2019. Namun rumahtangga mereka bergolak. Hal ini telah dihidu oleh orang ramai melalui sebuah posting di Instagram Muizz di mana dia meluahkan rasa kecewa terhadap isterinya.

Dr Azmeer dan Selebriti Pertahan Bidang Seni, Kecam Dakwaan 'Bodoh' oleh Pempengaruh

Difahamkan Muizz telah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 2 Oktober lalu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Muizz Nasruddinnadia brian
https://lomp.at/1wxrs
Share211Tweet132SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem