Berita yang tidak disangka-sangka kepada peminat mendiang VJ Chitra. Polis Chennai telah menangkap suaminya Hemanth kerana bersubahat dalam kes bunuh diri VJ Chitra dan dia dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Poonamalle.

Hemanth kini ditahan di bawah Seksyen 306 IPC (Kanun Keseksaan India). Laporan media menunjukkan bahawa polis telah mengumpulkan cukup bukti terhadapnya. Mereka berharap perincian mengenai penangkapan Hemanath akan diumumkan tidak lama lagi.

IKLAN

Mereka menginap di sebuah hotel di dekat kota berhampiran tempat Chithra menjalani penggambaran untuk sebuah projek. Asisten Komisioner Polis Sudarshan memberitahu NDTV bahawa Hemanth tidak menyukai adegan intim yang dilakonkan oleh Chithra dalam sebuah rancangan. Pada hari kematiannya, dia sempat bergaduh mengenai hal ini.

Laporan itu menambah bahawa kedua-duanya bertengkar mengenai isu kesetiaan. Setelah Hemanth berjumpa dengannya di lokasi penggambaran, mereka berdua bergaduh. Kemudian Chithra dikatakan meminta suaminya untuk keluar dari bilik hotel.

Hemanth memberitahu polis bahawa Chitra mengurung dirinya di dalam bilik sebaik sahaja kembali dari penggambaran pada malam itu sekitar jam 2:30 pagi. Setelah tidak menjawab panggilannya. Hemanth telah membuka bilik dengan bantuan kakitangan hotel. Polis mengatakan bahawa dia mengalami kecederaan di kedua-dua pipinya.

Ibu Chitra Percaya Anaknya Dipukul Sampai Mati

Ibu Chitra, Vijaya percaya bahawa anak perempuannya tidak akan menggantung diri dan menuntut siasatan yang adil. Ketika petugas media menemui ibu Chitra dan bertanya tentang kes bunuh diri itu, dia mengatakan bahawa tidak ada alasan untuk Chitra untuk mengambil keputusan yang ekstrem sebegitu dan percaya suaminya  memukulnya hingga mati.

“Anak perempuan saya bukan pengecut untuk mengambil nyawanya sendiri. Saya telah membesarkannya sebagai wanita yang berani. Dia sangat berbakat. Saya mengesyaki suaminya Hemanth menikahinya kerana wangnya. Saya mengesyaki bahawa dia dipukul. Mengapa ada tanda di wajahnya?”- soal ibunya.

Polis telah mengumpulkan beberapa rakaman CCTV disekitar hotel dan mensyaki Hemanth telah menyembunyikan sesuatu yang berlaku pada hari kejadian dari pihak polis. Dia kini telah ditahan di Penjara Ponneri setelah disiasat selama enam hari.

Mereka berdua mendaftarkan perkahwinan mereka setelah pertunangan mereka pada bulan Ogos dan mereka merancang untuk berkahwin dalam upacara tradisional pada bulan Februari tahun depan.