Sunday, June 29, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya Antarabangsa

Tonton Porno Dihukum Mati? Ini 6 Cara Korea Utara Kawal Teknologi Kepada Rakyat

by Naddy Joe
December 17, 2020
78
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebagai negara yang berpegang kepada ideologi sosialisme, Korea Utara adalah negara yang sangat tegas dalam mengatur kehidupan rakyatnya. Mulai dari peraturan untuk pakaian, pembelian harta, barangan peribadi, akses untuk maklumat, sehinggalah kebenaran untuk ke luar negara.

Sekiranya negara-negara lain menggunakan teknologi untuk memberi kesedaran kepada  bangsa, ia adalah berbeza dengan Korea Utara. Mereka sebenarnya menggunakannya untuk membataskan pergerakan rakyat. Berikut adalah 6 cara Korea Utara membataskan teknologi kepada rakyatnya. Stay tune guys!

Internet Dan Penggunaannya Sangat Dikawal Oleh Pemerintah

Sekiranya anda fikir bahawa Korea Utara tidak mempunyai akses internet , maka anda silap. Kenyataannya, akses internet meningkat seiring dengan semakin ramai yang membeli telefon pintar. Namun, internet dikawal dan dipantau oleh pemerintah, iaitu sebuah agensi bernama Bureau 27.

“Seluruh infrastruktur dikendalikan oleh kerajaan dan servis keselamatan berkait rapat dengan jaringan telekomunikasi” – Wiiliams, Business Insider

Rakyat Tidak Dibenarkan Berhubung Dengan Orang Dari Negara Lain

Tugas lain Bureau 27 adalah merekrut rakyat Korea Utara yang cuba berkomunikasi dengan orang-orang dari negara lain. Menurut laporan dari Amnesty International, dengan akses ke rangkaian internet dan telefon, ia bukan tugas yang sukar.

Rakyat yang tertangkap akan dihukum. Ianya boleh menjadi hukuman penjara atau denda. Lebih-lebih lagi, semua orang di sana saling mengawasi antara satu sama lain. Oleh itu, apabila seseorang melanggar peraturan, rakan, jiran dan saudara mereka akan membuat laporan pada Bureau 27.

Telefon Pintar Yang Digunakan Dilengkapi Dengan Bugging Devices

Korea Utara mengimport telefon pintar murah buatan negara jiran, iaitu China. Selepas itu, mereka akan mengedarkannya di bawah jenama tempatan. Tetapi ianya bukanlah telefon pintar biasa yang diimport.

Mereka memasukkan perisian pengintip yang dipanggil sebagai Red Flag yang mana tak akan dapat dikesan oleh pengguna. Perisian ini memantau semua aktiviti dan regular screenshots untuk dihantar ke host computer.

Larangan Wi-Fi Awam Di Korea Utara

Sebagai pemburu Wi-Fi percuma, anda akan menderita jika anda tinggal di Korea Utara. Hal ini kerana negara tersebut mengenakan larangan W-Fi awam. Mengapa ini berlaku?Menurut laporan dari Williams, dahulunya terdapat kedutaan Korea Utara yang menggunakan jaringan tersebut. Hal ini membuatkan orang di sekitarnya mengakses sehingga pemerintah tidak dapat memintas aktiviti mereka di internet.

Mereka kemudian melarang penggunaan Wi-Fi awam. Sebagai pertukaran, kerajaan melancarkan rangkaian awam yang disebut Mirae (bermaksud masa depan). Rakyat dapat mengaksesnya menggunakan aplikasi buatan kerajaan.

Mereka Yang Melayari Laman Porno Bakal Mendapat Hukuman Mati

“Menonton pornografi adalah dilarang sama sekali. Saya pernah mendengar bahawa anda boleh dihukum mati hanya dengan menonton video pornografi.”- Kata Williams

Beliau turut menambah bahawa video porno yang dimaksudkan adalah video dari laman web asing. Malah laporan dari Amnesty International menyatakan bahawa pernah terdapat pasangan yang menonton video pornografi dihukum mati di hadapan ramai orang.

Jangan Mimpi Untuk Menonton Rancangan Bersiri Dan Rancangan Asing Di Korea Utara

Anda tidak akan mempunyai peluang untuk menonton Netflix, Disney, dan lain-lain di Korea Utara. Walaupun anda dapat menggunakan VPN secara tidak sah, anda akan menghadapi kesan yang sangat serius. Anda mungkin akan dipenjara atau boleh dihukum mati. Semua TV kabel dan radio asing tidak dapat diakses di negara itu.

Adakah anda sanggup tinggal di Korea Utara?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/5a791
Share31Tweet20SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terkejut Marsha ‘Speaking English’-“Sedap Dengar Accent Dia Tu”

  5. 5

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem