Impian penyanyi Aina Abdul untuk beraksi dalam Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) tercapai apabila lagu Semalam yang juga merupakan ciptaan sepenuh Aina diumumkan sebagai antara 12 lagu yang akan beraksi di pentas berprestij itu pada Februari hadapan.

Busana Aina Curi Perhatian 

Bagaimanapun, di sebalik khabar gembira itu di media sosial Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina binti Abdul Ghani,27 turut mencuri perhatian dengan busana yang diperagakan kononnya menyamai watak Valak ataupun rahib di dalam filem seram The Conjuring.

IKLAN

Punyai Maksud Tersirat 

Menjelaskan mengenai busana tersebut, pereka fesyen yang bertanggungjawab menjadikan malam Aina lebih bermakna, Syamil Fazwan tampil berkongsi kisah disebaliknya. Menerusi hantaran di Insta-story nya, dedah Syamil setiap kemasan pada busana Aina mempunyai maksudnya tersendiri.

Bukan sahaja menggambarkan ‘jalan cerita’ lagu itu malah busana tersebut turut menceritakan perjalanan dan tafsiran perasaan Aina sendiri.

Via Instagram Syamil Fazwan

Dalam perkembangan lain, Aina turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih buat semua pihak yang selama ini memberikan sokongan kepadanya selama ini.

Meskipun AJL35 akan berlangsung pada tahun hadapan, namun ‘idol’ Vokal Mania ini sudah bersemangat untuk memberikan persembahan terbaik kelak.