Selepas dikenakan ikat jamin RM35,000, Da’i Syed kini boleh menarik nafas lega kerana telah dibebaskan. 19 hari berada di dalam lokap, pasti banyak hal yang menjadi memori buat Syed. Walaupun dia kelihatan tenang berdepan dengan media ketika ditahan, namun tak siapa yang tahu yang dipendam dalam hati.

Sempat Cipta Lagu

Menerusi sebuah temubual bersama MalaysiaDateline, rupanya Syed sempat menulis lirik lagu ketika berada dalam lokap. Lagu apa ya?

IKLAN

Syed berkata, lagu yang dikarang semasa di Pusat Tahanan Reman Sementara, Beranang itu menceritakan tentang seseorang yang mengambarkan kesengsaraan dirinya.

“(Lagu) menceritakan seseorang yang mencari hakikat kebahagiaan tetapi dicemuh, diseksa, jiwanya meronta-ronta. Saya meluahkan meronta-ronta sedih ini dengan menulis lirik lagu. Sejak kecil hingga belajar ke Mesir… dalam lagu ini akan menceritakan 1,001 kisah dalam hidup saya,”- katanya kepada Malaysiadateline.

Seronok Bersama Banduan

Saat berdepan dengan lapan laporan daripada mangsa berkaitan jenayah seksual, pasti pendakwah muda ini tertekan. Nampaknya Syed melihat saat-saat sukar ini dari sudut positif. Dia berkata, sepanjang berada di lokap, dia seronok kerana dapat menjalani ibadat dengan lebih baik bersama banduan.

“Duduk dalam pun seronok juga boleh dapat jumpa dengan orang, boleh sembahyang awal waktu secara berjemaah dengan banduan,” katanya.

Pada 10 Disember lalu, Syed  didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul kehormatan di Mahkamah Petaling Jaya, dan pada hari yang sama di Mahkamah Shah Alam pula dia menghadapi tuduhan merogol seorang wanita. Kini dia dikenakan ikat jamin  dan sebutan semula kes pada tarikh 25 Januari depan.