Luka melecet biasanya tidak akan menyebabkan banyak pendarahan dan bersifat luka ringan sehingga ianya boleh sahaja dirawat sendiri di rumah. Walau bagaimanapun, rawatan ini juga perlu diberi perhatian agar dapat sembuh dengan cepat dan sempurna.

Setiap orang pasti pernah mengalami luka melecet sekurang-kurangnya sekali dalam hidup. Luka ini juga biasanya agak menyakitkan dan boleh mengganggu penampilan jika ianya dapat dilihat dengan mata kasar. Melecet boleh dikategorikan sebagai luka terbuka yang terjadi akibat dari geseran pada permukaan kulit. Berbanding dengan luka jenis lain, cara untuk mengendalikan luka akibat melecet lebih mudah dan tidak memerlukan perhatian yang khusus. Tetapi, anda tetap tidak boleh mengabaikannya kerana masih ada risiko untuk luka menjadi lebih teruk.

Berikut adalah 7 petua rawatan untuk luka melecet yang dipetik dari WowKeren. Jom kita  tengok!

IKLAN

Basuh Tangan Sebelum Menyentuh Luka

via iluminasi.com

Pastikan anda mencuci tangan dengan sabun dan air sehingga bersih sebelum membersihkan luka. Langkah ini sangat penting bagi mencegah risiko jangkitan kuman.

Bersihkan Luka Secara Menyeluruh

via wowkeren

Seterusnya perkara yang paling penting agar luka cepat sembuh adalah dengan membersihkan kawasan luka secara menyeluruh. Bersihkan luka dari kotoran yang mungkin akan melekat dibawah air yang mengalir atau boleh juga menggunakan larutan cairan saline sehingga kawasan luka tersebut betul-betul bersih. Anda boleh juga menggunakan sabun yang bersifat ringan seperti sabun bayi untuk membersihkan kawasan luka. Elakkan dari menggunakan pembersih yang mengandungi alkohol, hydrogen peroxide dan iodin terus pada luka kerana ianya boleh menyebabkan iritasi dan pedih.

Sapukan Krim Antibiotik Pada Luka

via belleza.facilisimo.com

Sapukan krim antibiotik untuk menjaga kelembapan luka dan mendorong penyembuhan yang lebih cepat serta mencegah jangkitan. Selain dari krim antibitiotik, anda juga boleh menggunakan vaseline atau gel lidah buaya di tempat luka. Ianya bertujuan untuk mengurangkan rasa sakit dan mencegah jangkitan akibat kulit yang melecet.

Tutup Luka Dengan Gauze Swap (Kain Kasa Steril)

via viva.co.id

Tutup bahagian luka dengan menggunakan gauze swap atau kain kasa steril. Kain pembalut perlu digantikan dengan kerap sekurang-kurangnya sehari sekali atau apabila kain kelihatan basah atau kotor. Anda juga boleh menutup kawasan luka dengan menggunakan plaster yang dapat melindungi kawasan luka dari terus bergeser, bakteria dan pencemaran. Pembalut jenis kain atau plaster juga dapat menyerap cecair dari luka dan ini boleh menyebabkan proses penyembuhan lebih cepat tanpa gangguan dan kesakitan.

Pastikan Kawasan Kulit Yang Cedera Sentiasa Kering

via wowkeren

Elakkan dari memakai pakaian yang lembap jika badan anda jenis yang senang berpeluh untuk waktu yang lama dan tukar pakaian secepat mungkin. Kulit yang basah akan melambatkan proses penyembuhan. Selain itu, anda juga boleh menyapukan bedak pada bahagian yang mudah berpeluh kerana bedak dapat mengurangkan kelembapan pada kulit.

Gunakan Pakaian Yang Selesa

Pakaian yang terlalu besar sebenarnya boleh menyebabkan kulit mengalami geseran dan berisiko mendapat luka melecet. Pakaian yang terlalu ketat juga menyebabkan permukaan kulit bergeser. Jadi, pakai pakaian yang lebih selesa dan sesuai.

Ambil Ubat Tahan Sakit Sekiranya Perlu

via ketamkecil.com

Ubat penahan sakit kadang-kadang diperlukan untuk merawat luka melecet yang lebih serius dan menyakitkan. Namun elakkan dari kerap mengambil ubat tahan sakit kerana ia boleh menyebabkan risiko pendarahan menjadi lebih panjang.

Sekiranya luka terlalu besar atau terlalu dalam, anda dinasihati untuk berjumpa terus dengan doktor. Masa penyembuhan luka juga adalah berbeza untuk setiap individu, ia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti usia hinggalah keadaan luka dan cara rawatan yang diberikan.