Dari Skandal Seks Hingga Isu Gay, Pekerja Bongkar Sisi Gelap One Direction

Mesti Baca

Kisah lama One Direction telah terbongkar kepada umum. Kisah ini berasal dari pekerjanya yang merupakan seorang hairstylist atau penggaya rambut mereka, Lou Teasdale. Lou yang telah mengiringi One Direction dalam karier mereka sehingga tour terakhir pada tahun 2015.

Niall Horan, Liam Payne, Zayn Malik, Harry dan Louis melonjak terkenal di X Factor pada tahun 2010. Mereka asalnya terdiri daripada 5 anggota namun Zayn keluar dari kumpulan pada bulan Mac 2015.

Foto: E!News

Lou bercakap mengenai kelakuan nakal anggota One Direction melalui podcast berjudul Sex, Lies & DM Slides seperti yang dilaporkan oleh Dailymail.

Dalam pendedahan itu, Lou mengatakan bahawa anggota One Direction sering menjalin hubungan dengan kru wanita dan bahkan tidur dengan mereka.

“Saya sudah bersama mereka sejak awal dan akhir jadi saya fikir mustahil untuk tidur bersama mereka kerana kita harus saling menjaga profesional di tempat kerja,” kata Lou.

“Sebilangan orang mungkin melakukannya, seperti pembantu dan kru lain. Mereka menganggap itu adalah cinta, tetapi sebenarnya ia adalah cara terpantas untuk anda kehilangan pekerjaan”

“Kemudian mereka akan mendapat teman wanita baru. Jika teman wanita ini ada di sana, mereka tidak mahu kru-kru ini berada di dalam bilik.'”- sambungnya.

Kru dan anggota One Direction juga dikatakan sangat rapat antara satu sama lain sehingga jika ada masalah seluruh kru juga akan mengetahui mengenainya.

Lou sendiri dikhabarkan mempunyai hubungan dengan Harry Styles pada tahun 2014. Bagaimanapun, wanita berusia 37 tahun itu menafikan perkara ini.

“Mereka lebih muda dari saya dan mereka hanya sekadar teman rapat. Saya tidak pernah berpacaran dengan mereka,” kata Lou.

Hubungan Sesama Jenis Harry Styles dan Louis Tomlinson?

Sambil ketawa, Lou juga menjelaskan isu hubungan sesama jenis yang berlaku antara Harry Styles dan Louis Tomlinson.

“Berjuta-juta gadis yang bertanya mengenai Harry dan Louis sebagai pasangan sesama jenis”

Dia menyatakan bahawa dia tidak tahu dari mana spekulasi itu bermula, tetapi menggambarkannya sebagai isu terbesar di kalangan peminat One Direction.

Terkini

[REVIEW] Mortal Kombat 2021 Buat Penonton Teruja Tunggu Sekuel Seterusnya

Sebelum menonton filem ini, penulis terlebih dahulu bertanyakan kepada rakan-rakan yang sudah menonton Mortal Kombat 2021 yang digambarkan oleh...

Artikel Berkaitan