Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Haram Ke Artis Wanita Islam Menyanyi? Ini Kata Dr. Fitri Haris

by Phic ARMAN
December 21, 2020
Foto: Instagram @fitriharisofficial

Foto: Instagram @fitriharisofficial

10
KONGSIAN
Share on Facebook

Saban hari kita sering mendengar kemunculan artis baru dalam dunia muzik tanahair. Persaingan antara artis baru sangat sengit, dan masing-masing muncul dengar karya baharu dan mengikut peredaran zaman.

Setuju atau tidak, kebanyakkan penyanyi yang sering mendapat perhatian peminat terdiri daripada golongan wanita. Malah kebanyakkan acara pertandingan nyanyian dilihat didominasikan oleh penyanyi wanita. Namun tercetusnya persoalan, adakah benar suara seorang wanita adalah aurat? adakah salah untuk seorang wanita menjadi penyanyi?

Menerusi kajian yang dilakukan oleh Juara Gema Gegar Vaganza musim kedua, Dr. Fitri Haris, dia ada jawapannya. Dia menolak dakwaan bahawa suara adalah aurat untuk wanita, namun suara itu boleh jadi haram seandainya digunakan untuk menggoda.

Foto: Instagram @fitriharisofficial

“Terdapat perdebatan mengatakan wanita mengaji berlenggok itupun haram. Ada ulama berkata begitu. Apatah lagi menyanyi lagu-lagu yang memang niat lenggoknya digunakan untuk menggoda, untuk meningkatkan nafsu dan buat orang lelaki rasa tak tenteram,” katanya.

Kata pemilik saluran YouTube Fitri Haris Official ini, seseorang artis wanita yang menyanyi sehinggamenaikkan nafsu lelaki, boleh jatuh hukum haram.

“Memang tak boleh. Hukum tetap hukum. Terpulanglah pada kita untuk ikut atau tidak.Saya nak tegaskan suara perempuan bukanlah aurat tetapi haram pada keadaan-keadaan tertentu. Apa yang dikatakan menggoda ini turut membabitkan lirik dan penampilan wanita itu. Banyak sebenarnya yang boleh dihuraikan tapi saya bukan ahli fekah,” katanya.

Sementara itu, Dr. Fitri berkongsi kajiannya bertajuk This Is Nasyid di saluran Youtubenya. Kajian ini dapat membantu penonton mendapatkan penjelasan tentang Nasyid dan muzik dalam Islam secara lebih mendalam.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
fitri HarisharamNasyid
Share4Tweet3SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  4. 4

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

  5. 5

    Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara