Memetik laporan media tempatan, seorang pengamal media sosial terkenal yang juga jurugambar telah didenda sebanyak RM3,500 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang semalam.

Mengaku Bersalah 

Hukuman itu telah dijatuhkan oleh Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan ke atas Hishamudin Hashim, 32, selepas dia mengaku melakukan kesalahan itu dengan niat untuk menghina kesopanan mangsa yang merupakan seorang remaja lelaki berumur 21 tahun. Mengikut laporan, dia didakwa melakukan perbuatan itu di Selayang Mulia, Batu Caves, Gombak di sini pada 3.09 petang 23 November lepas mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisak Hassni memohon hukuman berbentuk pengajaran walaupun mangsa dalam kes ini adalah lelaki manakala peguam, Ariff Amirul Abdul Jani merayu hukuman ringan atas alasan ini kesalahan pertama anak guamnya dan tertuduh juga menghidapi penyakit jantung.

IKLAN

Minta Hantar Gambar Bogel 

Difahamkan,mangsa telah menerima mesej pada 27 Oktober lepas menerusi aplikasi Instagram yang menggunakan nama ‘TKDNXV Creative Solution’ menyatakan tertuduh ingin mengambilnya sebagai model penggambaran berkonsep kesihatan dan remaja itu yang meurupakan seorang pelajar telah bersetuju.

Susulan itu, pada 23 November lepas tertuduh menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp kepada mangsa memintanya menghantar gambar bogel dari sudut depan serta belakang. Remaja tersebut yang terkejut dengan permintaan itu menolak tawaran dari tertuduh dan berkongsi satu hantaran di laman Twitter yanng menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan tertuduh. Sejurus tular perkongsian tersebut, beberapa individu lain turut menghantar pesanan kepadanya yang menyatakan mereka juga menerima perkara sama.