Seperti ramai yang sedia maklum, Zoo Negara telah terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan. Meskipun kutipan dana yang disumbangkan oleh para individu, sekolah, syarikat korporat serta bayaran masuk yang dikenakan, Zoo Negara berjaya untuk kekal beroperasi,namun pusat tarikan pelancong itu berdepan dengan situasi getir berikutan mempunyai sumber yang terhad bagi memastikan kelansungan haiwan-haiwan di dalamnya.
HABIB Beri Sumbangan
Sebagai tanda sokongan kepada Zoo Negara,syarikat HABIB akan memberi sumbangan lebih daripada RM 50,000 kepada pihak zoo. Bagi memastikan kelangsungan bantuan berterusan, HABIB juga telah menghasilkan sesuatu yang istimewa untuk mengajak rakyat Malaysia sama sama memberi sumbangan.
Enam Wafer Emas Dilancarkan
Sebanyak enam wafer emas edisi terhad telah dilancarkan bersempena dengan kolaborasi eksklusif bersama Zoo Negara. HABIB telah memilih haiwan yang paling ikonik di Zoo Negara untuk menghiasi rekaan wafer emas ini iaitu Kancil, Panda, Harimau Malaya, Burung Enggang Badak, Gajah dan Orang Utan.
Didatangkan secara individual pada harga RM 118 setiap satu atau turut dijual dalam satu set yang mengandungi kesemua enam rekaan di seluruh bilik pameran HABIB,orang ramai boleh menunjukkan tanda sokongan mereka kepada zoo dengan membeli wafer emas yang diperbuat daripada emas 999 ini.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.