Anak perempuan Crazy Rich Russia, Andrey Shpilenko, Valeria Shpilenko ditemui mati sehari selepas hari lahirnya. Valeria dilaporkan membunuh diri setelah melompat dari tingkat 15 apartmennya.

Kejadian tragis ini menjadi berita utama di berbagai media Rusia, lagi-lagi Valeria dari keluarga orang ternama dan kaya.

IKLAN

Bapanya, Andrey Shpilenko adalah orang terkenal di Rusia yang mempunyai perniagaan dalam bidang teknologi. Andrey yang berusia 45 tahun itu juga merupakan bekas ahli parlimen yang aktif dalam politik.

Andrey juga dikenali rapat dengan Presiden Vladimir Putin dan merupakan salah satu pengusaha rangkaian teknologi yang berkaitan dengan pengoperasian ekonomi Rusia.

Dipetik dari Daily Mail, setelah kejadian tragis anak perempuannya, terdapat banyak khabar angin bahawa anak perempuannya telah mati kerana sebab-sabab lain.

Valerie menjerit dan kemudian berlari ke tingkap terbuka

Namun, laporan lain mengatakan bahawa, pada jam 1 pagi, Andrey mendengar anak perempuannya menjerit dan berlari dengan tingkap biliknya terbuka dan membuat Valerie melompat dari situ. Hal ini dianggap sebagai misteri kerana tidak tahu apa yang membuatkan Valerie menjerit. Apakah yang dilihatnya?

Polis yang menjalankan pemeriksaan awal tidak menemui kesan bunuh diri atau nota bunuh diri. Begitu juga dengan rakan-rakan Valerie yang mengatakan bahawa tidak ada tanda-tanda kemurungan atau rancangan bunuh diri dari Valerie.

Bapa yang merasa kehilangan juga segera memuat naik ayat sedih di laman media sosialnya.

“Malaikatku, putriku yang tersayang, beristirahatlah dengan Tuhan. Kamu akan tinggal di hatiku selama-lamanya,” tulis ayah di media sosialnya.