Sunday, June 4, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Gossip

14 Hari Dikuarantin, Ismail Izzani Akui Hilang Semangat

by Khai Azfar
December 23, 2020
26
KONGSIAN
Share on Facebook

Pada bulan lalu, industri hiburan digemparkan dengan khabar berita mengenai penyanyi Alif Satar yang telah disahkan positif setelah dijangkiti wabak COVID-19.

Susulan daripada itu, Alif yang telah membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) telah dimasukkan ke sebuah hospital di Melaka manakala penyanyi dan krew yang turut berada dalam set penggambaran rancangan itu dikehendaki menjalani ujian swab dan kuarantin kendiri.

Ismail Akui Proses Kuarantin Agak Mencabar

Ini termasuklah buat penyanyi dan pelakon Ismail Izzani yang telah menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari. Meskipun telah pun selesai menjalani proses kuarantin, namun bagi Ismail dia akui proses pengasingan tersebut begitu mencabar buatnya dan sepanjang tempoh tersebut pelbagai perihal berada dalam fikirannya.

Akui tinggal bersendirian membuatkan dirinya hilang semangat dan motivasi, namun buat Ismail dia cuba memotivasikan diri dengan mencipta muzik selain turut berinteraksi bersama rakan dan ahli keluarga menerusi media sosial.

“Semasa dalam pengasingan, saya mempunyai masa untuk merenung dan berfikir tentang perkara-perkara penting buat saya, rakan, keluarga dan muzik”

“Perubahan gaya hidup tersebut bukan mudah. Saya tinggal bersendirian dan kesepian berpanjangan serta kekangan kebebasan membuatkan saya hilang semangat dan motivasi.Semasa saya cuba memotivasikan diri dengan mencipta muzik, kebanyakan sumber inspirasi utama saya datang daripada hubungan terutama daripada mereka yang berada di sekeliling saya”

“Ketika ini, yang telah banyak membantu kesihatan mental saya untuk terus menghabiskan pengasingan ialah media sosial dan aplikasi mesej yang sangat membantu saya kekal berhubung dengan rakan dan keluarga” kata Naim dalam sebuah kenyataan

Akui dirinya bertuah kerana mempunyai pelbagai kemudahan, namun dalam masa yang sama dia berasa simpati dengan pendatang baharu dalam industri selain turut mengajak orang ramai untuk sama-sama menyokong karya mereka.

“Saya juga mempunyai masa untuk berfikir dan mensyukuri nasib saya. Saya dapat tinggal di rumah, berehat, merenung tentang kehidupan dan menyediakan diri untuk perjalanan akan datang. Ramai orang lain tidak seberuntung saya. Terutama pemuzik atau artis-artis yang baru bermula. Kekangan untuk keluar dan membuat persembahan membuatkan mereka sangat sukar mencipta nama”

“Ada banyak cara kita boleh menyokong mereka, sama ada melalui penstriman lagu mereka, meminta lagu mereka dimainkan di radio atau menunjukkan sokongan dan penghargaan kepada mereka di media sosial” katanya lagi

Sebagai info, lagu Hello duet Ismail bersama Andi Bernadee turut bertanding di SFMM35 pada minggu lalu bagaimanapun lagu tersebut gagal mara ke AJL35.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER Ismail Izzani
Share10Tweet7SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Lokal

Netizen Kecam Ismail Izzani-“Tak Lalu Nak Tengok Hero, Pelakon Lain Dah Pupus Ke Sampai Ambil Dia Ni?”

by Jash Lee
May 31, 2023
Gossip

‘Hari Ini Nak Peluk Siapa Pula?’- Ismail Izzani Teruk Disindir Netizen Selepas Tular Video ‘Panas’

by Naddy Joe
November 25, 2022
Selebriti

Mia Lateefa & Ismail Izzani Ada Sesuatu Yang Istimewa?

by A.Aided
September 1, 2022
Gossip

“Berpeluk Dengan Minah Tudung” – Netizen Dakwa Ismail Izzani Curang, Bunga Isme Nafi Wanita Yang Dimaksudkan

by Khai Azfar
November 3, 2021

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Orang Ingat Dapat Baby Best?”-Perit Berjuang Tengah Malam Jaga Anak, Neelofa Akui Sering Kejut Suami Sambil Menangis

  2. 2

    Tampil Tidak Lagi Bertudung, Pesanan Terbuka Lufya Buat Nadia Annuar Raih Perhatian Dari Netizen

  3. 3

    Tidak Kisah Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Bakal Suami, Shila Amzah Terima Ubai Walaupun Gaji Bulanan Rendah!

  4. 4

    Penampilan Yasmin Hani Undang Pelbagai Reaksi Netizen?-“Untung Cameraman…”

  5. 5

    Penampilan Aina Abdul Di Big Stage ‘Disindir’ Diva AA?-“Model Paling Hodoh….”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan