Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

“100% On!”- Haqiem Rusli Sambut Pelawaan Kolaborasi Dengan Siti Nurhaliza

by Khai Azfar
December 24, 2020
Share on Facebook

Baru-baru ini peminat telah berkongsi semula sebuah sedutan video temubual eksklusif penyampai radio Sinar FM yang juga pelawak, Jep Sepahtu, Rahim dan Angah bersama penyanyi tersohor negara, Dato Sri Siti Nurhaliza pada tahun lalu.

Siti Kagum Dengan Haqiem Rusli Dan Syamel

Dalam temubual tersebut, Jep telah bertanyakan kepada Siti mengenai siapakah bakat baharu dan komposer yang dia ingin bekerjasama. Jawab pelantun 7 Nasihat ini, dia mengagumi bakat yang dimiliki oleh beberapa penyanyi dan komposer seperti Haqiem Rusli dan Syamel serta sudi untuk bekerjasama dengan mereka.

“Kalau saya tengok Haqiem Rusli bagus, ya Haqiem Rusli. siapa lagi ya?”

“Syamel, dia pun pandai cipta lagu. Hael Husaini dah, dia buat lagu Anta Permana untuk saya” jawab Siti dalam temubual tersebut

https://murai.my/wp-content/uploads/2020/12/t_video6276162484747370962.mp4

Haqiem Sudi Bekerjasama Dengan Siti 

Terbaru, Haqiem berkata dia juga sudi untuk bekerjasama dengan Siti memandangkan dia sendiri seorang yang mudah bekerjasama dengan mana-mana penyanyi. Malah sekiranya, Siti ingin berduet dengannya juga, Haqiem sedia memberikan kerjasama.

“Kalau Tokti, saya okay sahaja sebab saya jenis yang tak cerewet dan hanya mengikut sahaja. Saya simple, kalau saya suka dan rasa benda itu betul dan tak ada masalah saya okay saja. Jadi macam kalau Tokti ingin berduet, saya 100% on!” kata Haqiem kepada Murai.my

Haqiem ditemui di majlis pelancaran single Lara di The Chow Kit Ormond Hotel Kuala Lumpur bersama penyanyi Hael Husaini.

Buat julung kalinya dan pertama dalam sejarah, Lara menyaksikan gabungan tiga penyanyi iaitu Hael Husaini, Naim Daniel dan Haqiem Rusli yang juga merupakan komposer lagu ini bersama MFMF. Untuk rekod, single Lara kini telah mendapat lebih dari 2 juta tontonan sejak dimuatnaik di laman YouTube pada bulan lalu.

Error happened.
Haqiem Rusli Akui Kahwin Muda Buang Sikap Toksik, Namun Soal Zuriat Masih Belum Ada Rezeki
abang siti nurhalizahaqiem rusliHaqiem Rusli Siti Nurhaliza
https://lomp.at/8z2ym
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara